faq    hubungi   maklumbalas   peta
PUTRAJAYA, 17 JUN 2019 – Peluang untuk para belia merasai pengalaman berlayar dan belajar di tengah lautan. Jom sertai Program Jati Diri KLD Tunas Samudera (Skim Belia) 2019, Voyage 392/19 pada 17 hingga 26 Julai 2019.

Program anjuran KBS dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ini bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.

Bagi belia yang berminat dan ingin memohon untuk menjadi peserta perlu mematuhi syarat – syarat yang disediakan. Anda boleh rujuk laman portal di www.kbs.gov.my dan kepada belia yang melepasi syarat yang di tetapkan, anda boleh muat turun Borang Pengesahan KLD Tunas Samudera di portal KBS dan isi borang pendaftaran di pautan google form di bawah: https://forms.gle/dL3vNVXDrpQpr6sU8 

Pendaftaran bermula 10 sehingga 21 Jun 2019. Jangan lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman bermakna ini. Jom sertai Program Jati Diri KLD Tunas Samudera (Skim Belia) 2019 Voyage 392/19.

Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Belia
Published in Pulau Pinang
BATU UBAN, 17 JUN 2019 – Telah berlangsung Mesyuarat Induk Penyelarasan Hari Belia Negara Dan Ybex 2019 anjuran Bahagian Pembangunan Belia, JBSNPP bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 2, JBSNPP pada kelmarin, 17 Jun 2019.

Mesyuarat ini adalah bertujuan memastikan segala perancangan dan persiapan berkenaan dengan Program Sambutan Hari Belia Negara dan Youth Business Expo Peringkat Negeri Pulau Pinang 2019 berjalan dengan lancar.

Exco Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Soon Lip Chee mempengerusikan mesyuarat ini bersama En Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Pengarah JBSNPP yang turut dihadiri oleh 30 agensi yang terlibat dengan program ini.

Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Belia
Published in Pulau Pinang
GELUGOR, 14 JUN 2019 – Pihak Kelab Kebajikan dan Rekreasi JBSNPP telah mengadakan Majlis Raikan Aidilfitri 2019 bertempat di Muizum dan Galeri Tuanku Fauziah, USM Pulau Pinang pada 14 Jun 2019 yang lalu.

Majlis dihadiri hampir 100 orang tetamu bersama staff dan keluarga dari pihak JBSNPP dan PBSD. Turut disertai bekas-bekas kakitangan JBSNPP yang telah berpindah ke tempat-tempat lain serta bekas kakitangan JBSNPP yang telah bersara. Majlis ini telah mengeratkan lagi hubungan persaudaraan diantara JBSNPP dan PBSD.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan dari pengacara majlis, bacaan doa dan seterusnya ucapan oleh Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi JBSNPP, Encik Sahaipun Nizan Bin Ibrahim dan Pengarah JBSNPP, Encik Zul Fadhli Bin Abd Aziz merangkap Penasihat Kelab Kebajikan dan Rekreasi JBSNPP.

Jamuan raya bermula sejurus sahaja selepas ucapan Penasihat Kelab Kebajikan dan Rekreasi JBSNPP berakhir, diikuti dengan persembahan artis jemputan, santai karaoke dan pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang berumur dibawah 12 tahun. Semoga majlis ini diteruskan lagi pada tahun akan datang.

Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Belia
Published in Pulau Pinang
Thursday, 28 March 2019 09:35

KUNJUNG HORMAT BERSAMA PEKA

BATU UBAN, 21 Mac 2019: Unit Pembangunan Belia, JBSN Pulau Pinang telah menerima kunjungan berhormat daripada Penggerak Komuniti Muda Pulau Pinang (PEKA) bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, JBSN Pulau Pinang pada hari ini.

Penggerak Komuniti Muda Pulau Pinang (PEKA) merupakan kumpulan anak muda Pulau Pinang yang menyemati pengalaman kerja-kerja khidmat bakti kepada masyarakat yang telah dilantik oleh Pelan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang atau PYDC. Tujuan PEKA diwujudkan adalah sebagai Penggerak Komuniti Muda pada hari ini yang akan menjalankan misi kesukarelawanan, kebajikan, pendidikan dan keusahawanan, di mana kerajaan, bersama-sama sektor swasta dan rakyat berkerjasama menjayakan projek-projek yang bukan sahaja memberikan pulangan kewangan tetapi juga impak sosial yang positif.

Kunjungan berhormat ini terdiri daripada barisan Penggerak PEKA 2019, Encik Mohd Hafiz Bin Mohd Jamil dan Encik Ahmad Sharidwan Bin Ahmad Nasruddin, Penyelaras PEKA 2019, Mohammad Hazizi Bin Padzil, Muhammad Adam Hafiz Tan Bin Abdullah, Muhammad Zikri Bin Zulkifli, Mohd Khairul Mustakim Bin Mustapa Kapal serta Pembantu Penyelaras PEKA 2019, Saiful Azizi Bin Shamsudin.

Oleh : Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Pulau Pinang.
Published in Pulau Pinang
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction