faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

KOTA KINABALU, 13 Januari 2020 - Satu Mesyuarat Penyelarasan 'Kota Kinabalu City Borneo Half Marathon' sempena Hari Ulang Tahun Ke-20 Bandaraya Kota Kinabalu telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 1, DBKK hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat DBKK, Puan Syron A. Tunggolou antara lain membincangkan penetapan tarikh program serta pembentukan jawatankuasa kerja. Program tersebut anjuran DBKK dengan kerjasama Kinabalu Runing Club (KRC).

Turut hadir, Puan Norhayati Tasif mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
PENAMPANG, 9 Januari 2020 - Pemimpin Pembangunan Masyarakat Moyog, Encik Ben Sokun menyifatkan pelupusan kaedah serah milik 3 gelanggang futsal kepada MPKK yang berada di Dun Moyog sebagai tanda keprihatinan pihak KBS kepada komuniti setempat.

Beliau berterima kasih kepada pihak KBS kerana tidak merobohkan gelanggang yang terletak di Kg. Kipouvo, Kg. Kibunut dan Kg. Buit Hill yang merupakan destinasi anak-anak muda Moyog beriadah.

Encik Hamzah Md. Tahir dan Puan Norhayati Tasif mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dalam perbincangan tersebut di Pejabat UPPM Moyog.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
KEPAYAN, 9 Januari 2020 - 5 gelanggang futsal yang terletak di kawasan Kepayan bakal dilupuskan melalui kaedah serah milik kepada semua Pengerusi MPKK yang terlibat.

Perbincangan antara wakil UPPM Kepayan dan wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat antara lain merangkumi proses dokumentasi gelanggang yang terletak di Taman Delima, Taman Formosa, Kg. Tampasak, Kg. Koidupan dan Taman Bintang bakal dilupuskan melalui kaedah serah milik kepada pengurusan kampung yang diketuai oleh MPKK.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction