faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

KOTA KINABALU, 12 Disember 2019 - 'Pencegahan dan kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk menangani permasalahan dadah di negeri Sabah'. Demikian antara intipati taklimat Persempadanan Semua Kawasan Berisiko Tinggi Dalam Menangani Masalah Penyalahgunaan Dadah, Bahan dan Pelencongan Sosial Peringkat Negeri Sabah yang disampaikan oleh Pengarah AADK Sabah, Tuan Abdul Hamediee bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat AADK Sabah, Kota Kinabalu.

Taklimat dihadiri oleh wakil-wakil ketua jabatan negeri dan persekutuan Sabah. Encik Jius Gokin hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
B9HB 1 B9HB 2

PUTATAN, 9 Disember 2019- Kunjungan hormat Majlis Belia Sabah kepada Pengarah Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah Encik Mohd Soufi bin Mohd Ibrahim diketuai oleh Encik Ahmad Farid bin Sainuri Presiden Majlis Belia Sabah (MBS).

Tujuan kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan AJK Tertinggi MBS serta kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan secara bersama. Hal ini penting bagi melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin belia yang proaktif dan dinamik dalam mencetus idea-idea baru dalam pelaksanaan program.

Pengarah dalam perkongsiannya memohon agar setiap pelaksanaan program MBS dan JBS Sabah dilaksanakan secara bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan Sabah. Ini kerana semua agensi ini mempunyai kumpulan sasaran yang sama iaitu golongan belia. Jesteru itu, beliau juga berharap akan ada banyak lagi program-program baru yang akan menarik minat para belia untuk mengikuti apa jua aktiviti yang dilaksanakan kelak.

Oleh:
Yum Maren Basri
JBSN Sabah
Friday, 06 December 2019 16:28

PEMANTAUAN BERKALA TAPAK KOLAM RENANG

6HBTWU 2 6HBTWU 3

TAWAU, 6 Disember 2019 – Satu lawatan pemantauan berkala kali kedua dalam bulan ini telah dilaksanakan oleh oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau diiringi oleh Encik Zayanidi Abbas, Pembantu Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau bermula pada jam 10.00 pagi hari ini. Lawatan tersebut bertujuan untuk memeriksa dan memantau kerja-kerja pembersihan di tapak projek tersebut yang terletak di Kompleks Sukan Tawau.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSP Tawau
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction