faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

7HB PB (2)

PAPAR, 7 Januari 2020 - Satu sesi penerangan kepada Pengerusi- Pengerusi MPKK Kawasan Pantai Manis berkaitan pelupusan gelanggang futsal RMK 9 dan RMK 10 dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi DUN N. 22 Pantai Manis telah diadakan bertempat di Pejabat UPPM N. 22 Pantai Manis, Papar hari ini

Perjumpaan yang dihadiri oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pantai Manis, Pemaju-Pemaju Mukim dan Pengerusi MPKK terlibat antara lain membincangkan proses pelupusan bagi 4 gelanggang yang berada di Dun Pantai Manis iaitu Kg. Benoni, Kg. Nagapas, Perumahan Kg. Kuala Papar dan Kg. Sabandil.

Encik Hamzah Md. Tahir hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hadir memberikan taklimat pelupusan.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
6HB PB (2)

PAPAR, 6 Januari 2020 - Satu sesi perjumpaan berkaitan pelupusan gelanggang futsal RMK 9 dan RMK 10 dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi DUN N. 21 Kawang telah diadakan bertempat di Pejabat UPPM N. 21 Kawang, Papar hari ini

Perjumpaan yang dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat Kawang, Pemaju-Pemaju Mukim dan Pengerusi MPKK terlibat antara lain membincangkan proses pelupusan bagi 6 gelanggang yang berada di Dun Kawang iaitu Kg. Ulu Sapat, Padang Pekan Lok Kawi, Kg. Sekayan, Taman Limauan, Kg. Benoni dan Pekan Papar.

Encik Andy Suhardy Sarbini hadir mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hadir memberikan taklimat pelupusan.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
KIULU, 2 Januari 2020 - Satu sesi perjumpaan dan perbincangan mengenai pelupusan gelanggang futsal dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi DUN N. 11 Kiulu telah diadakan bertempat di Pejabat UPPM N. 9 Kiulu.

Perbincangan yang dihadiri oleh Pegawai Kemajuan Masyarakat N. 11 Kiulu, CDO Mudik dan Pemaju Mukim Kiulu antara lain membincangkan proses pelupusan bagi 3 gelanggang yang berada di Kiulu iaitu Kg. Kelawat, Kg. Mantob Nuluhon dan Kg. Malanggang Baru.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction