faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

7HB TWU (4)

SEMPORNA,7 Januari 2020 – Baru-baru ini pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan Gelanggang Serbaguna di Kampung Tanjung Keramat, Semporna.

Ini adalah kesinambungan daripada usaha pihak KBS untuk menaik taraf dan membina kemudahan sukan di seluruh negara pada tahun ini. Lawatan ini telah diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau, Encik Syivero Patrick bersama dengan Pegawai daripada Unit Sukan PBSP Tawau. Beliau menyokong pembinaan Gelanggang Serbaguna ini kerana ia dapat menggalakkan aktiviti sukan di kalangan masyarakat setempat seterusnya ke arah gaya hidup yang sihat.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
7HB TWU (1) 7HB TWU (3)

SEMPORNA, 7 Januari 2020 – Usaha KBS untuk membaik pulih kemudahan Sukan Luar Bandar terus diluaskan ke kawasan pedalaman Semporna. Baru-baru ini pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan Padang Bola Sepak di Kampung Terusan Teluk yang terletak di Pulau Bum-Bum Semporna.

Lawatan ini telah diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau, Encik Syivero Patrick bersama dengan Pegawai daripada Unit Sukan PBSP Tawau. Keadaan tapak amat sesuai bagi pembinaan Padang Bola Sepak kerana populasi penduduk yang ramai di kawasan itu serta tuan tanah juga telah bersetuju dan menerima pembangunan di tapak tersebut.

Semoga dengan pembinaan ini akan dapat mencungkil bakat baru daripada daerah iti di dalam arena Bola Sepak.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
7HB B (2)  7HB B (1)

PUTATAN, 7 Januari 2020 - Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) dengan kerjasama Jabatan Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah telah melaksanakan saringan akhir untuk Tier 3 bagi mencari Pemimpin Masa Hadapan dalam program Malaysia Future Leaders School bertempat di Kompleks Belia Dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Terdapat 3 ujian yang harus dilalui oleh para peserta antaranya Ujian Kecergasan (UKJK), Pembentangan Idea, dan Sesi Temuduga.

Program Tier 3 merupakan fasa terakhir bagi program MFLS bertujuan bagi melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan global.

Seramai 51 orang peserta telah menjalani ujian ini di Negeri Sabah.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
JBSN Sabah
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction