faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

SEPANGGAR, 9 Januari 2020 - Satu sesi perjumpaan berkaitan pelupusan gelanggang futsal RMK 9 dan RMK 10 dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi DUN N. 12 Karambunai telah diadakan bertempat di Pejabat UPPM N. 12 Karambunai hari ini.

Perjumpaan antara Pemimpin Pembangunan Masyarakat N. 12 Karambunai, Encik Zulkeflee Bin Abu Bakar bersama wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir antara lain membincangkan kaedah pelupusan bagi 4 gelanggang yang berada di Dun Karambunai iaitu Kg. Melawa, Kg. Darau Laut, Kg. Tebobon dan Kg. Unggun.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
PETAGAS, 8 Januari 2020 - Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Petagas menyokong penuh pelupusan gelanggang futsal dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi projek RMK9 dan RMK10 dilupuskan secara serah milik kepada Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Perbincangan yang dihadiri oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat bersama wakil UPPM Petagas antara lain membincangkan proses pelupusan bagi 5 gelanggang yang berada di Petagas iaitu Kg. Serigai Duvanson, Kg. Ulu Seberang, Kg. Potuki, Kg. Meruntum dan Kg. Ketiau.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
Tuesday, 07 January 2020 12:09

SUKAN FUTSAL MENGHINDAR AKTIVITI TIDAK SIHAT

7HB TWU (5)

SEMPORNA, 7 Januari 2020 – Sukan Futsal terus mendapati tempat di hati para penduduk Kampung Terusan Look Ibah apabila Ketua Armada bahagian Sulabayan telah mewakili penduduk kampung untuk memohon Pembinaan Gelanggang Futsal di kampung berkenaan.

Sesuai dengan perancangan pihak KBS untuk membina kemudahan sukan di luar bandar, maka pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau telah mengadakan lawatan ke tapak cadangan pembinaan tersebut pada pagi hari ini. Lawatan ini telah diketuai oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau, Encik Syivero Patrick bersama dengan Pegawai daripada Unit Sukan PBSP Tawau.

Beliau turut menyokong pembinaan Gelanggang Futsal ini kerana Sukan Futsal mendapat permintaan ramai serta dapat menggalakkan aktiviti sukan di kalangan masyarakat setempat disamping menghindarkan aktiviti yang tidak sihat.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction