faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

9HB TWU (4)

KALABAKAN, , 9 Januari 2020 – Encik Saad Bin Razak @ Herman, Pengurus Gelanggang Sukan Pelbagai Guna SMK Kalabakan pada hari ini menerima baik cadangan pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau untuk melupuskan aset kerajaan tersebut iaitu Gelanggang Futsal yang terletak di SMK Kalabakan.

Gelanggang ini yang dahulunya dikenali sebagai GF1M SMK Kalabakan telah didirikan di atas tanah rezab kampung Kalabakan. Lawatan pemeriksaan aset tersebut diketuai oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
Thursday, 09 January 2020 11:23

PEMERIKSAAN ASET DI KG SUNGAI IMAM KALABAKAN

9HB TWU (2)

KALABAKAN, 9 Januari 2020 – Pada hari ini pasukan pemeriksa aset daripada Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau yang diketuai oleh Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Tawau telah melawat dan memeriksa aset iaitu Gelanggang Futsal yang dahulunya dikenali sebagai GF1M.

Gelanggang ini terletak di Kampung Sungai Imam, Kalabakan yang dibina di atas tanah hak milik persendirian Encik Sulleh Bin Kuba. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk mencapai persetujuan bersama untuk melupuskan aset tersebut.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
TANJUNG ARU, 9 Januari 2020 - Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tg. Aru memberi kerjasama yang baik kepada Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat bagi menyiapkan proses dokumentasi pelupusan gelanggang futsal dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Perbincangan antara wakil UPPM Tg. Aru, Encik Rozan dan wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir dan Puan Norhayatie Tasif membincangkan kaedah proses pelupusan bagi 4 gelanggang yang berada di kawasan Tanjung Aru iaitu Kg. Sembulan Lama, Kg. Kesuapan Pulau Gaya, Kg. Muhibbah dan Kg. Lembising Tombovo.

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction