faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Sabah

Thursday, 15 August 2019 16:12

LAUNGAN MERDEKA! KOBARKAN SEMANGAT PATRIOTIK

PBT 4 PBT 3

TAWAU, 15 Ogos 2019 – Bulan Ogos merupakan bulan kemerdekaan negara dimana kebanyakan Jalur Gemilang akan dikibarkan di jalan raya, kawasan KRT, pejabat-pejabat, rumah persendirian mahupun kenderaan peribadi.

Warga Bangunan Wisma Persekutuan Tawau tidak ketinggalan menyemarakkan semangat merdeka dengan penganjuran Ceramah Penghayatan Bulan Merdeka oleh Jawatankuasa Penyelaras Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Tawau bertempat di Perkarangan Wisma Persekutuan Tawau pada jam10.30 pada 14 Ogois 2019 yang lalu.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Tawau yang telah dihadiri oleh Pegawai dan kakitangan daripada 22 jabatan dan agensi kerajaan di Wisma Persekutuan Tawau. Laungan Merdeka! Beramai-ramai juga telah diketuai oleh wakil daripada PPD bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan warga kerja bangunan itu disamping setiap pejabat disarankan untuk mengibarkan jalur gemilang di pejabat masing-masing.

Oleh:
Florence Kasamin
PBSB Tawau
HK
TUARAN, 15 Ogos 2019 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Persediaan Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Daerah Tuaran bagi tahun 2019 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Pejabat Daerah Tuaran hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Tuaran, Encik Mohd. Sofian Alfian Nair antara lain membincangkan persiapan kontijen perbarisan dan juga senarai kenderaan yang terlibat didalam Kembara Merdeka Jalur Gemilang. Program yang bakal dilaksanakan pada 20 Ogos 2019 bertempat di Padang Tamparuli tersebut bakal dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perdagangan Dan Perindustrian Sabah, YB DSP Wilfred Madius Tangau.

Pejabat Belia dan Sukan (P) Daerah Tuaran bakal menyertai kontijen perbarisan tersebut melalui gabungan persatuan belia tuaran dengan membentuk “Team Belia Tuaran".

Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
MPBN 4  MPBN 1

MPBN 6 MPBN 5

KOTA KINABALU, 14 Ogos 2019 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung dengan jayanya. Persidangan ini merupakan suatu flatform atau wadah untuk para Belia meluahkan dan melontarkan idea-idea bernas serta isu atau usul berkaitan Pembangunan belia di Negeri Sabah melalui kaedah yang betul dan secara langsung kepada Agensi Kerajaan. Hal ini penting bagi melahirkan lebih ramai pemimpin-pemimpin belia yang proaktif dan dinamik dalam mencetus idea dan memberikan pandangan yang membina.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Tuan Phoong Jin Zhe Menteri Belia dan Sukan. Dalam ucaptamanya beliau menitikberatkan pembangunan ekonomi Belia itu sendiri. Antara inisiatif yang ditambah baik adalah memberikan ruang dan peluang kepada Individu Belia yang ingin memulakan perniagaan akan diberi geran bantuan secara One Off untuk dijadikan modal berniaga.
Selain itu, beliau juga akan menyediakan satu Pusat Aspirasi Belia untuk menjadi one stop centre para Belia melaksanakan aktiviti atau merancang aktiviti yang berfaedah bagi Pembangunan Belia di Negeri Sabah.
Dalam Persidangan turut dilaporkan beberapa usul atau isu dari 6 Persidangan Majlis Perundingan Belia Bahagian di dalam Negeri Sabah. Usul dan isu ini akan dikumpulkan untuk diangkat ke Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung minggu hadapan.

Turut hadir dalam persidangan ini Encik Haji Mohd Yusrie bin Abdullah Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Encik Mohamad Mazlan bin Haji Anis Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Sabah, Encik Ahmad Farid bin Sainuri Presiden Majlis Belia Sabah, Tuan Neldin Gimbang Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta Badan-badan Gabungan Majlis Belia Sabah serta NGO's.

Oleh:
Yum Maren Bin Basri
JBSN Sabah
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction