faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Terengganu

MARANG, 10 SEPTEMBER  2019 – Pada 31 Ogos 2019 jam 12.30 tengahari bertempat di Padang Bola Kg. Kelulut Marang telah berlangsung Program Jelajah #YouthPower Sayangi Malaysiaku bersempena Hari Kebangsaan yang ke 62. Program Jelajah #YouthPower Sayangi Malaysiaku telah dilaksanakan oleh Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKTB) dengan kerjasama Cawangan Kepimpinan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program yang melibatkan beberapa Daerah di seluruh negara yang bermula pada  28 Ogos dan berahkir pada pada 2 September 2019.

Tujuan program diadakan adalah bertepatan dengan  menanamkan semangat cintakan negara dikalangan anak muda serta menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia kali ke 62 dan Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September 2019. Dalam siri jelajah tersebut,pihak penganjur telah menjalankan beberapa program seperti Bola Futsal Padang, Acara Memanah,  Acara Sepak Takraw dan Acara Basikal Lambat kepada belia-belia sekitar dan pameran motosikal kreatif. Di akhir program pihak penganjur telah menyerahkan peralatan sukan kepada wakil Belia Daerah Marang.

Disediakan oleh: PBSD Marang

MARANG, 10 SEPTEMBER 2019 – Pada 24 Ogos 2019 telah berlangsungnya Satu Program Kayuhan Unity Fun Ride 2019 anjuran Pejabat Perpaduan Daerah Marang dengan kerjasama KRT Taman Sena Rendang. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB. Datuk Wira Dr. Farid bin Md Rafik, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Tujuan program ini diadakan bagi meningkatkan semangat kesukarelaan, patriotisme dan yang paling penting dapat mempromosikan Gaya Hidup Sihat dan mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan peserta dan komuniti. Melalui program seperti ini adalah diharapkan dapat memberi peluang berinterksi dan bersosial dalam komuniti setempat. Majlis penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd

Disediakan oleh: PBSD Marang

HULU TERENGGANU,10 SEPTEMBER 2019 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu telah  dilantik sebagai Jabatan Angkat Kontingen Daerah Hulu Terengganu bagi Sukan Tenpin Bowling sempena Kejohanan Sukan Terengganu 2019 ( SUTERA ) yang akan diadakan pada 5 hingga 9 September 2019 di Coral Crown Bowling, Kuala Terengganu. Seramai 12 orang pemain telah menyertai kejohanan tersebut . Kejohanan SUTERA 2019 telah ditamatkan semalam dan juara keseluruhan disandang oleh daerah Kuala Terengganu. Tahniah juga diucapkan oleh kontijen daerah Hulu Terengganu kerana telah berjaya dalam temasya sukan kali ini.

Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction