faq    hubungi   maklumbalas   peta

HULU TERENGGANU, 22 SEPTEMBER 2019 – Satu Lawatan Kerja Jawatankuasa Ekonomi Hulu Terengganu telah diadakan secara santai sambil beramah mesra dengan penduduk setempat bertempat di Warung Dek, Kuala Nerus. Lawatan ini bertujuan untuk membincangkan penubuhan kedai makan pagi harga patut yang merupakan satu inisiatif yang diambil  oleh Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu dengan kerjasama beberapa agensi Kerajaan persekutuan  bagi menyediakan perkhidmatan menjual makanan dan minuman kepada penduduk setempat dengan harga murah bagi mengurangkan kos sara hidup. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Dato Rosol bin Wahid, Ahli Parlimen Hulu Terengganu . Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu berperanan untuk mengenalpasti pembekal makanan yang terdiri daripada kalangan belia di daerah ini. Semoga dengan kewujudan kedai makan harga patut ini akan memberi nilai tambah kepada penduduk dalam kawasan Parlimen Hulu Terengganu serta ianya juga akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat selain mempromosikan produk yang ada dalam Parlimen Hulu Terenggganu.

Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction