faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • KRM Klang
  • banner pbm daftar

Pentadbir JBS Selangor

SHAH ALAM, 15 NOVEMBER 2019 - Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor telah menganjurkan Program Engagement Belia 4.0 semalam bertempat di Ole-Ole Superbowl, Seksyen 18 dekat sini. Timbalan Pengarah (Rakan Muda), Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah turut dijemput ke program tersebut seterusnya menyertai sesi dialog Jabatan bersama NGO di Negeri Selangor.
 
“Program seperti ini perlu diadakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan Jabatan bersama NGO kerana ia dapat memudahkan urusan dalam pelaksanaan program atau aktiviti yang berkaitan belia.” Nurr Mariana binti Amir Hamzah, Penolong Pegawai Cawangan Pembangunan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Friday, 15 November 2019 10:23

SESI ENGAGEMENT BELIA 4.0 PBSD SABAK BERNAM

SHAH ALAM, 14 NOVEMBER 2019 – Bertempat di Ole-Ole Bowling Shah Alam telah berlangsung satu program sesi engagement 4.0 belia bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor, seluruh Pejabat Belia dan Sukan Daerah di Selangor, Majlis Belia Selangor, Majlis Belia Selangor daerah, Ahli Parlimen Belia Malaysia Sesi 2019/2020 serta wakil-wakil dari Youth Pawer Club di Selangor. Sesi kali ini adalah lebih kepada sesi pengenalan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah di Selangor kepada rakan kerja strategik. Sesi ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi perkenalan, perhubungan dan kerjasama di antara satu sama lain. Turut Hadir Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor. Hadir sama Puan Madekhah binti Mohamad Zam, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Sabak Bernam bersam Puan Rozanah binti Adnan, Penolong Pegawai Unit Belia Daerah Sabak Bernam.
 
Disediakan oleh : Rozanah binti Adnan, PBSD Sabak Bernam
 
SHAH ALAM, 14 NOVEMBER 2019 - YBrs. Encik Sabran bin Abd Bahar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Selangor telah mempengerusikan Sesi Perbincangan bagi Pemantapan Program Belia dan Sukan Negeri Selangor pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, JBS Negeri Selangor.

Encik Faizul Ganapathy bin Abdullah, Timbalan Pengarah (Rakan Muda) turut hadir ke sesi perbincangan tersebut yang berlangsung pada jam 10.00 pagi tadi. Selain itu, barisan Pegawai Belia dan Sukan Daerah turut dijemput bagi menyumbang dan mencurahkan idea.

Semoga apa yang telah dibincang mendapat kesepakatan bersama.

Disediakan oleh : Nurul Nadia binti Sallehuddin, Bahagian Pembangunan Rakan Muda
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction