faq    hubungi   maklumbalas   peta



TAWAU, 25 APRIL 2016 –Pejabat Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Tawau dengan kerjasama Kelab Rekreasi Star Tawau telah menganjurkan Program Eksplorasi Gunung Lucia di Taman Bukit Tawau, bermula pada 21 April 2016 sehingga 24 April 2016.

Eksplorasi yang melibatkan seramai 52 orang peserta dan urusetia ini terdiri daripada pelbagai lapisan umur ini telah menghabiskan masa selama 6 jam mendaki sehingga ke puncak Gunung Lucia dan bermalam di puncak gunung tersebut. Para peserta berpeluang untuk mempelajari cara berkhemah, kemahiran kompas serta bantuan kecemasan.

Encik Faisal Bin Dile, salah seorang peserta berkata ianya sangat menguji ketahanan fizikal dan mental, selain memberi fokus kepada aspek kepimpinan, keselamatan dan semangat kerjasama.

Program Eksplorasi Gunung Lucia telah dirasmikan oleh YBhg Encik Rusli Bin Yusoff, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan turut hadir dalam upacara penutupan ialah Encik Felix Den Anthony Paru, Pembantu Belia Dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta Encik Ajesman Tansi, Pengerusi Kelab Rekreasi Star Tawau.



Oleh:

Florence Binti Kasamin (PBSB Tawau)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction