faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • Sukan SEA

Pentadbir JBS Pahang

Friday, 17 January 2020 16:27

MAJLIS AMANAT TAHUN BAHARU 2020

Pic 157
KUANTAN, 17 JANUARI 2020 – Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) selaku wakil khas Kerajaan Persekutuan Negeri Pahang iaitu YB Hajjah Fuziah Salleh telah menyampaikan Amanat Tahun Baru 2020 bertempat di Auditorium Darul Makmur Kompleks Sultan Haji Ahmad Shah (RTM) Kuantan, Pahang pada jam 8.30 pagi. Seramai 10 orang wakil dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang telah menyertai majlis amanat tersebut yang melibatkan pegawai dari pelbagai unit dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan. Antara amanat yang disampaikan adalah berkenaan teras Model Negara Rahmah yang merangkumi tiga (3) elemen iaitu Rahmatan Lil Alamin, pendekatan Maqasid Syariah dan Model Malaysia yang perlu diterapkan dan dilaksanakan di Malaysia sebagai sebuah Negara yang mempunyai kepelbagaian kaum. Semoga amanat yang telah disampaikan dapat dijadikan panduan khususnya oleh setiap penjawat awam bagi memastikan keharmonian dan perpaduan di antara masyarakat terus terpelihara.

Disediakan oleh:-
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Penolong Pengarah (Rakan Muda)

Pic 155
KUANTAN, 17 JANUARI 2020 – Kunjungan hormat oleh Pegawai Tugas-tugas Khas Yang Berhormat Menteri Belia dan Sukan bersama dengan ahli-ahli Youth Power Club (YPC) daerah Kuantan dan beberapa daerah lain telah diadakan semalam bertempat di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Wisma Persekutuan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Penolong Pengarah Unit Pembangunan Sukan iaitu Encik Muhamad Hafizi bin Ahmad Zaini dan disertai oleh pegawai dan kakitangan yang mewakili setiap unit. Pelbagai isu dan penambahbaikan telah dibincangkan bagi pembangunan belia dan sukan khususnya di Negeri Pahang. Idea-idea berkaitan perancangan dan pelaksanaan program yang boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang (JBSNP) turut dibincangkan. Semoga segala perancangan dan penambahbaikan dapat dilaksanakan bagi kepentingan belia di Negeri Pahang dan kerjasama di antara YPC dan JBSNP terus terjalin dari semasa ke semasa. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh:-
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Penolong Pengarah (Rakan Muda)

Friday, 17 January 2020 12:05

PBSD TEMERLOH KE ARAH PENGURUSAN EFISIEN

Pic 149
TEMERLOH, 17 JANUARI 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Temerloh telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bilangan 1 Tahun 2020 yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Temerloh, Encik Azmi Othman pada jam 10.30 pagi. Mesyuarat tersebut menjurus kepada pelaporan dan perbincangan berhubung pengurusan pentadbiran, Bahagian Belia, Bahagian Sukan dan Rakan Muda. Dalam mesyuarat ini juga telah dipanjangkan amanat daripada Pengarah tentang beberapa isu yang perlu diambil makluman dan tindakan sewajarnya oleh setiap pegawai dan kakitangan bagi memastikan tugasan dapat dijalankan dengan baik.

Disediakan oleh:-
Norizan Mohd Yusoh
PBSD Temerloh

Disunting & Disemak oleh:-
Nor Dalilah Mohamad Tajuddin
Nik Nor Syahirah binti Nik Harun
Pentadbir Portal JBS Negeri Pahang

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction