faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • Sukan SEA
IMG 20180915 WA0069

ROMPIN, 28 SEPTEMBER 2018 - Pertandingan memancing sempena Penganjuran Royal Pahang Billfish International Challenge (RPBIC) 2018 di adakan di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin, Pahang pada 15 September 2018 (Sabtu). Program tersebut di anjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Pahang bersama Kerajaan Negeri Pahang.
Program RPBIC 2018 ini juga diadakan bersempena dengan Re-Visit Pahang 2018. KDYMM Pemangku Raja Pahang telah mencemar duli berangkat membuat pelepasan dan menyertai pertandingan tersebut. Program ini juga merupakan program tahunan dalam kalendar Tourism Malaysia untuk Negeri Pahang yang diadakan padasetiap tahun di Daerah Rompin.
Program ini terbuka untuk seluruh malaysia. Segala kemudahan penginapan dan kemudahan lain disediakan oleh Kompleks Rakan Muda Sukan Air Rompin bagi sama-sama membantu dalam melancarkan program tersebut. Tempahan juga telah dibuat untuk tahun 2019 dan 2020.
Johan pertandingan memancing sempena RPBIC telah mendapat hasil pancing Seekor Ikan Pari seberat 25kilogram dengan mendapat hadiah wang tunai sebanyak Lima Ribu Ringgit Sahaja (RM5,000.00).


Disediakan oleh:

Puan Noorul Ain binti Kamar Zaman
KRMSA Rompin
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction