faq    hubungi   maklumbalas   peta

  • Sukan SEA
   

  

ROMPIN, 9 DISEMBER 2019 - Program Berjalan Kaki 5000 Langkah & Gotong Royong Kg. Gading telah berjaya dilaksanakan pada 7 Disember 2019 oleh Persatuan Belia Gading Perkasa. Pogram ini adalah kerjasama antara Persatuan Belia Gading Perkasa dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gading. Seramai 33 orang peserta telah terlibat dalam menjayakan program yang bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan penduduk Kampung Gading sambil membersihkan kawasan persekitaran kampung selain mengeratkan lagi perpaduan antara belia dengan penduduk yang lain. Aktiviti Berjalan Kaki 5000 Langkah telah bermula dari Balairaya Kg. Gading hingga ke Darat Gading sejauh 4.75KM dan aktiviti gotong royong telah berlaku sepanjang perjalanan tersebut. 

Turut hadir bersama adalah Encik Mohd Yusof bin Md Said, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rompin. Program turut diselitkan dengan acara pemberian hadiah saguhati kepada semua peserta yang berjaya menyertai program ini sebagai tanda penghargaan daripada pihak persatuan. Semoga lebih banyak lagi aktiviti dan program yang dapat dijalankan untuk kebaikan penduduk kampung bagi meningkatkan lagi kualiti hidup yang lebih sihat sambil menanamkan rasa tanggunjawab untuk menjaga kebersihan kampung. 

Disediakan Oleh:
Nor Amira Amalina binti Che Ibrahim
PBSD Rompin
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction