faq    hubungi   maklumbalas   peta

Pentadbir JBS Melaka

ALOR GAJAH, 22 Januari –  Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah merakamkan ucapan sekalung tahniah kepada Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah di atas penarafan 3 Bintang daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia. Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah komited dalam pelaksanaan program dan juga penghantaran Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang wajib dihantar setiap tahun kepada pihak ROY.  Penarafan Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia merupakan satu kaedah pengukuran tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia berasaskan kepada penghantaran MYKD dan penilaian lanjutan ke atas kriteria-kriteria tambahan yang telah ditetapkan ROY. Syahbas dan tahniah diucapkan kepada Saudara Mohd. Zaidi Bin Tahir selaku Pengerusi MGBD Alor Gajah serta Ahli Jawatankuasanya di atas pencapaian ini dan diharapkan terus berusaha untuk mendapatkan penarafan sehingga 5 Bintang.

JASIN, 22 Januari 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin hari ini membuka tirai tahun baru 2020 dengan Mesyuarat Pengurusan Pegawai dan Kakitangan Bilangan 1/2020 dalam usaha memantapkan lagi gerak kerja ke arah yang lebih cemerlang.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, Nurul Haida Mohd Ghazali antaranya menyentuh amanat Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Noorman Ramlan disamping melihat kembali perkara-perkara berbangkit serta tindakan yang telah dan perlu diambil.

Mesyuarat hari ini juga menyaksikan perubahan portfolio pegawai pejabat tersebut dengan jawatan Pegawai Sukan Daerah Jasin (PSJ) disandang oleh Zamni Ani manakala jawatan Pegawai Rakan Muda Daerah Jasin (PRMJ) disandang oleh Mohd Afiq Mazly.

JASIN, 17 Januari 2020 - Seni budaya kompang yang masyhur di kalangan bangsa Melayu sejak zaman ke zaman semakin hari semakin pupus dan sekiranya tidak dipelihara dikhuatiri akan hilang ditelan arus kemodenan dan perubahan zaman.

Justeru atas kesedaran tersebut, Gerakan Belia 4B Solok Kilang Berapi telah mengambil inisiatif untuk memelihara seni budaya ini dengan menerapkan kemahiran bermain kompang kepada para belia di kawasan ini melalui kelas kompang yang diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu mulai jam 9 hingga 11 malam.

Kelas yang diadakan di Rumah Belia Solok Kilang Berapi ini telah disertai seramai 20 orang belia dan dilatih oleh Md Yusuf Bin Muhamad dan Lokman Jamaludian yang juga merupakan ahli jawatankuasa 4B Solok Kilang Berapi. 

Untuk info, kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang yang berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction