faq    hubungi   maklumbalas   peta

ALOR GAJAH, MELAKA 1 Disember 2019 (Ahad) – Bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah, Melaka, satu majlis perasmian penutup bagi Kursus Kepimpinan Eksekutif Muda (KKEM) Peringkat Zon Selatan 2019 telah dilaksanakan. Perasmian tersebut  di sempurnakan oleh En Noorman Bin Ramlan, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka. Kursus ini yang bermula dari 28 november  hingga 1 disember 2019 juga melibatkan seramai 43 orang peserta dari melaka, negeri sembilan dan johor.

Objektif program ini adalah untuk melatih belia sebagai pemimpin masa hadapan yang berstatus eksekutif dalam membentuk dan memimpin organisasi atau persatuan di pelbagai peringkat, serta melahirkan penceramah ,fasilitator dan jurulatih yang eksekutif dalam bidang kepimpinan serta memiliki nilai jati diri kenegaraan dan patriotisme.

Turut hadir dalam majlis perasmian penutupan ini, Puan Junaine Binti Mohamad Penolong Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Fadhilah Binti Tahar wakil Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor, Puan Norsuzita Binti Abd Manis Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Ayer Pa'abas, Encik Asni Bin Ismail Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Melekek Dalam, Encik Abdul Razak Bin Majid Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Padang Lalang serta Encik Mohd Zaidi Bin Tahir Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah.

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction