home button

Monday, 20 February 2017 19:37

Sejarah JBS WP Kuala Lumpur

Written by
Rate this item
(0 votes)


Pejabat Kebudayaan Belia dan Sukan Kuala Lumpur ditubuhkan selepas Kuala Lumpur dianugerahkan sebagai Bandaraya pada  tahun 1973 dan beroperasi di Wisma Keramat, Jalan Gurney, Kuala Lumpur di bawah Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia.

Sejarah Penubuhan Jabatan bermula dengan nama Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan.

Pada tahun 1976 Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan beroperasi di pejabatnya sendiri yang disewa di Wisma MPI, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Pada tahun 1984 Jabatan Kebudayaan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah beroperasi di pejabat Wisma Keramat, Jalan Gurney Kuala Lumpur. Pada tahun 1987 Bahagian Kebudayaan dipindahkan ke Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan.

Pada tahun 1993 Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan berpindah ke Pusat Sukan Kampung Pandan.  Pada bulan Julai tahun 2006, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah berpindah ke Bukit Kiara, Kuala Lumpur sehingga sekarang.

Di bawah penyusunan semula Jabatan Belia dan Sukan Negara pada bulan September 2007, Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah dikeluarkan daripada fungsi Bahagian Belia dan menjadi Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Unit Pengurusan Kompleks Rakan Muda menguruskan kemudahan penginapan, gelanggang, sukan lasak dan penyelenggaraannya.

Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai 8 Pejabat Belia dan Sukan iaitu:-

· Bandar Tun Razak / Cheras

· Batu / Wangsa Maju

· Kepong / Segambut

· Titiwangsa / Setiawangsa

· Lembah Pantai

· Bukit Bintang

· Seputeh

· Putrajaya

Pada 22 September 2012 – Sejarah tercipta apabila Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Bukit Bintang di tempatkan di Urban Transformation Center Kuala Lumpur (UTC Kuala Lumpur) @ Pudu Sentral. Kemudahan yang lengkap dengan gelanggang futsal tertutup, gimnasium, studio kecergasan, pusat siber, aktiviti indoor dan tembok tiruan disediakan. Melalui inisiatif untuk membangunkan pembangunan belia melalui Strategi Transformasi oleh kerajaan, PBSK Bukit Bintang dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mengelolakan Y-Centre ini.

Read 2417 times Last modified on Tuesday, 21 February 2017 17:09
{google_map}Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur |3.138770, 101.658945|zoom:14|width:2920|height:300{/google_map}