home button

Pentadbir JBS N9 1

Paroi, 17 September 2019 - Sesi pemilihan pemain bagi Karnival Sukan KBS 2019 yang akan berlangsung pada 18 - 20 Oktober nanti telah dijalankan hari ini melibatkan seramai 140 orang pegawai dan kakitangan dari Zon Selatan iaitu dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan selaku tuan rumah.

Antara acara yang dipertandingkan ialah Karom, Dart, Dam haji, Bola Sepak dan e-Sport bertempat di Kombes Paroi. Manakala bagi Bola Jaring dan Bola Tampar telah diadakan di Centre Court Paroi. Bagi Acara Sukan badminton pula telah diadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan dari JPJ Negeri Sembilan bertempat di Kompleks Sukan Tan Seri Dato Haji Mohd Said, Seremban 2 manakala acara boling di Mesa Mall, Nilai.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, En Nor Azli bin Mohamad Daud turut sama meluangkan masa bersama pemain-pemain dan beramah mesra dalam acara yang berlangsung siang tadi.