home button

Pentadbir JBS N9

Thursday, 13 April 2017 10:25

SESI LATIHAN PASUKAN BOLA SEPAK JBSNS

PAROI - 29 Mac 2017, Sesi latihan Team Jbsn9 hari ini diteruskan lagi bagi menghadapi kejohanan liga bola sepak antara jabatan-jabatan kerajaan Negeri Sembilan yang akan bermula pada 7 April 2017.

Latihan hari ini dikendalikan oleh coach Fazlin, jurulatih dari Pembangunan Bola Sepak Negeri Sembilan. Sesi latihan diadakan selama 3 jam sehari dalam 2 kali seminggu. Semangat yang ditonjolkan oleh setiap pemain dapat dilihat apabila setiap kali latihan semua yang terlibat memberikan kerjasama yang baik dalam menghadiri sesi latihan ini. 

Semoga dengan usaha yang diberikan oleh setiap pemain membuahkan hasil dan memberikan  kejayaan besar buat jabatan. Selamat berjuang di ucapkan kepada Team Jbsn9.
Monday, 03 April 2017 10:08

KURSUS OUTREC LEVEL 1

PORT DICKSON, 31 Mac 2017 - Bertempat di Kem Briendley, Pasir Panjang, Port Dickson telah berlangsungnya Kursus Outrec Level 1. Seramai 40 peserta telah menyertai kursus yang telah diadakan  pada 31 Mac 2017 sehingga 2 April 2017. Kursus selama 3 hari 2 malam itu melibatkan 41 orang peserta dari 7 buah daerah di Negeri Sembilan. Majlis penutup kursus ini telah di sempurnakan oleh En. Musa bin Salim, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Wednesday, 29 March 2017 11:08

MAJLIS PENYERAHAN JERSEY PASUKAN JBSNS

SEREMBAN, 28 Mac 2017 - Telah berlangsung Malis Penyerahan Jersey kepada Pasukan Bola Sepak JBS Negeri Sembilan sempena Kejohanan Liga Bola Sepak Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Sembilan bertempat di Hardwood Cafe, Seremban 2 yang akan berlangsung pada 7 April 2017 sehingga 25 April 2017. 

Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Y.B Dato Zaifulbahri bin Idris, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap Penaung Pasukan Bola Sepak JBSNS. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Semoga dengan adanya majlis seperti ini dapat menyuntik lagi semangat pasukan Bola JBSNS untuk terus berjuang di masa akan datang.