home button

Pentadbir JBS KL

Kami Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri W.P Kuala Lumpur akan sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang bersih, cekap, tepat dan cepat dalam suasana mesra serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pelanggan tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi dalam menjalankan tugas kami.

Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :
[list type="smallnumber3"] [list_item]Menyediakan 100 Program Kecergasan kepada rakyat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam tempoh setahun; [/list_item] [list_item]Menyediakan 100 Program Pembangunan Belia dan Pembangunan Rakan Muda dalam tempoh setahun; [/list_item] [list_item]Memuat naik maklumat semasa atas talian dalam tempoh dua (2) hari bekerja; [/list_item] [list_item]Memberi maklumbalas sebarang aduan menerusi Portal Jabatan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja; [/list_item] [list_item]Mengesahkan penerimaan aduan dan pertanyaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberikan maklumbalas aduan dalam masa tiga (3) hari; [/list_item] [list_item]Memaklumkan keputusan permohonan bantuan aktiviti yang dikemukakan oleh pertubuhan belia dan badan sukan dalam tempoh tiga (3) hari daripada tarikh mesyuarat; dan [/list_item] [list_item]Memproses bayaran dalam tempoh 14 hari dengan syarat dokumen yang dikemukakan adalah lengkap. [/list_item] [/list]



Prestasi Piagam Pelanggan

 



VISI
 

Mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari segi rohaniah, akhliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, bersemangat sukarela dan patriotik untuk menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran  bangsa, agama serta melahirkan masyarakat yang aktif, sihat, cergas dan bersatu.

 

MISI 

Membentuk generasi belia yang berketerampilan dalam bidang kemahiran, keusahawanan dan pengurusan organisasi serta meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan ke arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu.

 

OBJEKTIF 

Membina generasi belia yang berakhlak dan berdisiplin, melahirkan pemimpin dan usahawan belia dan mewujudkan tenaga kerja belia yang berkemahiran serta melahirkan masyarakat yang sihat, cergas dan bersatu.

 





Monday, 20 February 2017 19:37

Sejarah JBS WP Kuala Lumpur

Page 1 of 2