home button

Thursday, 03 December 2015 09:23

Perutusan Pengarah

Written by
Rate this item
(0 votes)

Selamat datang dan terima kasih kerana melayari Laman Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T atas kurnia dan nikmat Nya yang tidak ternilai kepada seluruh warga JBSN Kedah.

Seiring dengan perkembangan zaman, kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang begitu cepat, JBSN Kedah telah merealisasikan hasrat dan dasar Kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan atas talian (on-line) dengan meluas dan lebih berkesan kepada rakyat melalui Portal Rasmi JBSN Kedah. Portal ini menyediakan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti belia dan sukan, fasiliti-fasiliti sukan serta pelbagai info-info menarik di negeri Kedah khas untuk masyarakat terutamanya golongan belia.

Keutamaan saya adalah memastikan Portal ini sentiasa di kemas kini dengan maklumat-maklumat terkini kerana menyedari bahawa generasi belia pada masa kini tersedia dan lebih senang mencari maklumat melalui medium Internet. Semoga Laman Portal Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dapat memberi manfaat kepada semua penggunanya dan saya akan sentiasa memastikan Laman Portal ini memaparkan maklumat terkini dan tepat serta informatif.

Kepada warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, saya amat berharap agar usaha kita dalam memberi khidmat kepada masyarakat di negeri Kedah dapat diteruskan dan semoga kita dapat mengekalkan kejayaan dan mengukir kecemerlangan pada masa yang akan datang.

Akhir kata saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan demi mencapai visi dan misi Jabatan.

Sekian, terima kasih.

HAJI AZIZ BIN HAJI HAMID
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Read 870 times Last modified on Wednesday, 24 February 2016 16:15