HULU SELANGOR, 17 MAC 2020 - Pada 14 Mac 2020 yang lalu, satu program Jom Hijau “Rumah Inspirasi Komuniti” sempena Bulan Antidadah Kebangsaan ke-37 telah diajurkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor di Pusat Internet, Felda Soeharto. Program ini tertujuan untuk pelaksanaan model Projek Rintis membasmi penyalahgunaan dadah secara bersepadu.

Projek rintis ini diwujudkan supaya tindakan secara lebih holistik dan menyuruh dapat dibuat menerusi pembabitan kementerian dan agensi yang seterusnya akan memberi lebih impak kepada komuniti. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah AADK YDH CP Dato’ Seri Zulkifli bin Abdullah. Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Haji Musa bin Ramli dan Pengarah AADK Negeri Selangor, Dr. Nazira binti Haji Sadiron.

Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor

Disunting oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor

PROGRAM JOM HIJAU RUMAH INSPIRASI KOMUNITI SEMP