home button

Selangor

SHAH ALAM, 17 MAC 2020 - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor mengalu-alukan kedatangan Encik Muhammad Emir Fawwaz bin Muhammad Zen, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29) pada hari ini. Beliau sebelum ini berkhidmat di Bahagian Pembangunan Belia.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam mengurus dan melaksanakan program Rakan Muda. Diharap kelak saya akan mendapat tunjuk ajar daripada Timbalan Pengarah (Rakan Muda) dan para pegawai di Bahagian ini. Saya gembira dan berbesar hati dengan pertukaran ini. Terima kasih.” ujar Encik Emir.

Disediakan oleh : Nad Salleh, Bahagian Pembangunan Rakan Muda

IMG 20200317 WA0034

HULU SELANGOR, 17 MAC 2020 - Pada 14 Mac 2020 yang lalu, satu program Jom Hijau “Rumah Inspirasi Komuniti” sempena Bulan Antidadah Kebangsaan ke-37 telah diajurkan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor di Pusat Internet, Felda Soeharto. Program ini tertujuan untuk pelaksanaan model Projek Rintis membasmi penyalahgunaan dadah secara bersepadu.

Projek rintis ini diwujudkan supaya tindakan secara lebih holistik dan menyuruh dapat dibuat menerusi pembabitan kementerian dan agensi yang seterusnya akan memberi lebih impak kepada komuniti. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah AADK YDH CP Dato’ Seri Zulkifli bin Abdullah. Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Selangor, Tuan Haji Musa bin Ramli dan Pengarah AADK Negeri Selangor, Dr. Nazira binti Haji Sadiron.

Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor

Disunting oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor

PROGRAM JOM HIJAU RUMAH INSPIRASI KOMUNITI SEMP

HULU SELANGOR, 14 MAC 2020 -  Sempena Jom Hijau “Rumah Inspirasi Komuniti” sempena Bulan Antidadah Kebangsaan Ke-37 telah dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Selangor di Pusat Internet, Felda Soeharto pada 14 Mac 2020 (Sabtu) yang lalu. Persatuan Sukan Bermotor Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) Malaysia telah mengadakan satu pameran dan demonstrasi pertunjukkan motocross.

Demonstrasi pertunjukkan motocross dilakukan oleh Encik Mohd Faizol Fuad bin Mohd Sallehaan bersama dua lagi penunggang motorcross.

Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor

Disunting oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Selangor

PAMERAN PERSATUAN SUKAN BERMOTOR GWGF MALAYSIA SEMPENA PROGRAM JOM HIJAU RUMAH

KUALA KUBU BHARU, 17 MAC 2020 -  Satu lawatan tapak dan perbincangan telah diadakan pada 14 Mac 2020 (Sabtu) yang lalu di Pusat Konservasi Hidupan Liar (PKHL) Sungai Dusun, Kuala Kubu Bharu untuk Program Rakan Muda GR yang akan diadakan pada bulan Ogos 2020. Lawatan tapak dan perbincangan ini diadakan bertujuan untuk melihat kemudahan fasiliti yang terdapat di Pusat Konservasi tersebut yang bersesuaian dengan program. Seramai 40 orang peserta akan menyertai program ini.

Pusat ini menempatkan 18 ekor tapir yang perlu dirawat, baru dilahirkan serta yang cedera dilanggar kenderaan. Perbincangan dan penjelasan mengenai keseluruhan operasi pentadbiran pusat konservasi tersebut disampaikan oleh Pengawai PKHL Sungai Dusun, Encik Enos . Dua Pegawai PBSD Hulu Selangor iaitu Encik Mohd Ayob bin Rahmat dan Encik Ahmad Faudzan Adziman bin Hassan hadir untuk lawatan tapak dan perbincangan.

Disediakan oleh : Mohd Ayob bin Rahmat, PBSD Hulu Selangor

Disunting oleh : Umi Amira binti Amiruddin, PBSD Hulu Selangor

LAWATAN TAPAK UNTUK RAKAN MUDA GR DA