Kangar, 17 Mac 2020 - Promosi dan publisiti Felo Perdana dan Felo Korporat telah diadakan dengan jayanya bagi sesi satu pada 7 Mac 2020 yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna, Kolej Kediaman Tunku Abdul Rahman, Universiti Malaysia Perlis.

Program Felo Perdana dan Felo Korporat ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak muda untuk mengikuti program kepimpinan belia berprestij dan terlibat secara langsung dalam urus tadbir negara serta dunia korporat

Untuk makluman, proram ini terbuka kepada siswa dan graduan berumur dari 18 hingga 30 tahun Tempoh bekerja bagi graduan adalah selama enam bulan manakala untuk siswa adalah selama tiga bulan. Permohonan boleh dibuat melalui laman web htttp://myfelo.kbs.gov.my/ sebelum 17 Mac 2020.

Turut hadir mempromosikan program ini adalah Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.

 

DISEDIAKAN OLEH

PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS