Kangar, 17 Mac 2020 - Kakitangan wanita Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis telah menyertai Pertandingan Bowling anjuran Biro Sukan dan Lawatan Puspanita Negeri Perlis pada 6 Mac yang lalu bertempat di Perlis Bowl Kangar. 

Turut diadakan Klinik Asas Bowling kepada para peserta. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Roszita binti Imaduddin, Pengerusi Puspanita Cawangan Negeri Perlis. Para peserta yang berjaya akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Puan Norhazita binti Kamaludin turut hadir memeriahkan program ini. Beliau juga adalah ahli jawatankuasa Biro Sukan dan Lawatan Puspanita Negeri Perlis. Tahniah diucapkan.

 

DISEDIAKAN OLEH

PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS