home button

Perlis

Kangar, 29 Mei 2020 - Tahniah diucapkan kepada pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019 yang telah diumumkan baru-baru. Pegawai tersebut adalah Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Pegawai Belia dan Sukan (S41), Encik Mohd Shafizan bin Bakar, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S29) dan Puan Norafzan binti Mamat, Penolong Akauntan, (W29). Pihak jabatan ingin merakamkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada Penerima Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2019. Semoga dengan penganugerahan ini para pegawai terus bersemangat dan bermotivasi untuk menjalankan tugas dengan lebih baik, bersungguh-sungguh dan lebih cemerlang. Tahniah dan syabas diucapkan sekali lagi. Semoga penganjugerahan ini dapat memberi inspirasi kepada pegawai lain untuk menjalankan tanggungjawab kerja dengan lebih berdedikasi. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS
Kangar, 29 Mei 2020 - Pengarah, Puan Norhazita binti Kamaludin dan Warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang meraikannya terutama kepada NGO dan bukan NGO, para belia, penggiat sukan dan semua pihak yang banyak membantu dalam menjayakan program-program jabatan. Syawal yang dirai pada kali ini diharap dapat memberi kita seribu keinsafan dan berdoalah agar wabak ini akan digantikan dengan keindahan supaya kita semua dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Aidilfitri disambut dengan norma baru. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS
Kangar, 5 Mei 2020 - Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid telah menyerahkan kurma kepada Pengarah dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis pada 27 April 2020 yang lalu sempena bulan Ramadhan 2020 ini. Pengerusi kelab amat berbesar hati menyampaikan pemberian tersebut yang merupakan aktiviti kelab pada setiap tahun. Pengerusi Kelab dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis mengucapkan selamat berpuasa kepada Puan Pengarah dan juga kakitangan lain. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu satu keberkatan kepada kita semua. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS
Kangar, 27 April 2020 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis hari ini berbesar hari menyampaikan sumbangan kepada empat belas kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis bertempat di Lobi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Sumbangan ini adalah melalui Program Kesukarelaan Belia Membantu Kumpulan Terrjejas sewaktu Covid-19 yang disempurnakan pada hari sabtu lepas melalui Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Pihak Jabatan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Persatuan Gerakan Kemanusiaan Malaysia (MyHUMANTARIAN), Persatuan Pegawai Perkhidmatan Belia dan Sukan (MYSO), Kesatuan Penolong Pegawai dan Pembantu Belia dan Sukan Semenanjung Malaysia (KPPBSSM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) di atas sumbangan yang diberikan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban kepada para kakitangan. DISEDIAKAN OLEH PENTADBIR PORTAL JBSN PERLIS