faq    hubungi   maklumbalas   peta


pengarah
Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam 1 Belia 1 Malaysia Dan Selamat Tahun Baru 2018.

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melayari laman web Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Bersyukur kita ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnianya maka kita dapat bersama-sama lagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita di Tahun Baru 2018 bersamaan dengan Tahun 1439 Hijrah. Bersempena dengan tahun 2018 ini juga, saya bersama-sama dengan seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan terus melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi meningkatkan imej Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan memartabatkan amanat dari pihak Kementerian Belia dan Sukan selaras dengan era transfomasi secara menyeluruh sepertimana yang telah digariskan oleh pihak kerajaan.

Sehubungan dengan itu juga, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu sentiasa membuka ruang kepada belia-belia untuk memberikan cadangan – cadangan penambahbaikan perlaksanaan Program Pembangunan Belia dan Program Pembangunan Sukan yang sekaligus menggalakan belia-belia berhubungan secara langsung dengan Jabatan ini di dalam mencapai sasaran untuk melahirkan belia-belia yang berkualiti, berketrampilan dan berilmu serta mampu menjadi pemimpin pelapis pada masa yang akan datang.

Pada kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia dan Sukan kerana telah memberi kepercayaan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu melaksanakan pelbagai program / aktiviti belia dan sukan serta sentiasa memberikan sokongan kepada setiap perancangan yang telah ditetapkan. Jabatan ini berharap semoga hubungan seumpama ini akan dapat diteruskan lagi di dalam mewujudkan sebuah organisasi yang mantap dan berkualiti serta mampu menjalankan setiap perancangan dengan jayanya bagi tahun 2018.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Soufi Bin Mohd Ibrahim
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction