CHERAS, 22 JULAI 2016 - Seramai 29 orang belia seluruh Malaysia dengan jayanya mengikuti Pre-Departure Training 1 yang telah dilaksanakan pada 22 hingga 24 Julai 2016 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Cheras. PDT-1 ini dilaksanakan bertujuan menyediakan calon-calon mengenai keperluan umum yang perlu dibahaskan serta memperlengkapkan diri para peserta negara dan kontigen Malaysia dari segala aspek sebelum mereka belayar bersama kontigen negara-negara ASEAN yang lain pada 25 Oktober hingga 14 Disember 2016 tahun ini. Sesi taklimat pengenalan ini disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Unit Antarabangsa) Puan Zuarini binti Jumai, Jabatan Belia dan Sukan Negara. Semoga calon-calon yang mewakili negara ini sentiasa dalam keadaan siap siaga.

 

Disediakan Oleh: Hafizan bin Ahmad, Bahagian Pembangunan Belia

 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.