Dimanakah lokasi JBS Negeri yang dikendalikan oleh Jabatan Belia Sukan Negara?

Jawapan :

Terdapat 15 buah JBS Negeri dan 2 buah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) yang dikendalikan oleh JBSN seperti berikut :

Jabatan Belia Sukan Negeri Selangor
Jabatan Belia Sukan Negeri Perlis
Jabatan Belia Sukan Negeri Kedah
Jabatan Belia Sukan Negeri Johor
Jabatan Belia Sukan Negeri Melaka
Jabatan Belia Sukan Negeri Sembilan
Jabatan Belia Sukan Wilayah Persekutuan
Jabatan Belia Sukan Negeri Pulau Pinang
Jabatan Belia Sukan Negeri Labuan
Jabatan Belia Sukan Negeri Sabah
Jabatan Belia Sukan Negeri Sarawak
Jabatan Belia Sukan Negeri Pahang
Jabatan Belia Sukan Negeri Kelantan
Jabatan Belia Sukan Negeri Terengganu
Jabatan Belia Sukan Negeri Perak

Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah

Dimanakah saya boleh berhubung atau mendapatkan maklumat berkenaan Jabatan Belia Sukan Negara?

Jawapan :

Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dari :

Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan,
Jabatan Belia dan Sukan Negara Aras 2,
Menara KBS, Kementerian Belia dan Sukan
No 27 Persiaran Perdana,
Presint 4 62570 Putrajaya

Tel : 03-88713333
Fax : 03-88888723
Web : http://www.jbsn.gov.my

Apakah jenis – jenis program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara dan Negeri?

Jawapan :

Terdapat 3 bahagian utama di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Belia dan Bahagian Pembangunan Rakan Muda yang merancang program – program sepanjang tahun. Sila layari laman portal JBSN bagi mengikuti perkembangan program semasa yang akan dianjurkan.

Berapakah peringkat umur peserta bagi menyertai program di bawah JBSN?

Jawapan :

JBSN tidak menetapkan had umur kepada orang awam bagi menyertai program yang dianjurkan oleh JBSN kecuali program yang telah dihadkan umur kepada belia dibawah 40 tahun dan beberapa program rakan muda dibawah 25 tahun.

Bagaimana hendak menyertai persatuan – persatuan yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan?

Jawapan :

Belia – belia yang ingin bergiat aktif dalam persatuan boleh mendapat pandangan dan nasihat di Pejabat Belia dan Sukan Negeri dan Daerah di kawasan masing – masing.

Dimana saya boleh mendaftar persatuan sukan atau persatuan belia?

Jawapan :

Orang awam boleh membuka laman web Pejabat Pesuruhjaya Sukan di http://pps.kbs.gov.my untuk mendapatkan info lebih lanjut manakala bagi pendaftaran Persatuan Belia di laman web Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) di http://roy.kbs.gov.my

Bagaimana cara untuk memohon bantuan bagi persatuan/kelab yang berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan?

Jawapan :

Persatuan/kelab boleh mengisi borang permohonan bantuan (PB-1) dan dipohon melalui urusetia bantuan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan Jabatan Belia dan Sukan Negara dalam tempoh 60 hari sebelum pelaksanaan program.
Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Tomato Green Blue Cyan Pink Purple

Body

Background Color
Text Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction