Selamat Datang ke portal rasmi ke Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN)!

Portal ini dibangunkan sebagai medium yang memberikan maklumat dan perkembangan terkini mengenai pembangunan belia dan sukan. Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi memberi dimensi baru bagi JBSN menyalurkan maklumat dengan lebih pantas, meluas dan berkesan kepada pemegang taruh.

Melalui portal ini juga, jaringan komunikasi antara JBSN dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri bersama masyarakat akan lebih bersifat interaktif dan efektif.
Pembangunan portal ini turut memberi penekanan dan keutamaan kepada kerajaan terhadap kepentingan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sehubungan itu, menerusi portal JBSN ini, saya amat berharap agar setiap lapisan masyarakat dapat memanfaatkan segala maklumat yang ada untuk digunakan dengan sewajarnya.

JBSN akan sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang unggul serta efisien kepada masyarakat dan seterusnya mengharumkan nama JBSN demi pemerkasaan pembangunan belia dan sukan.

Semoga maklumat yang terkandung di dalam portal ini memberikan manfaat dan kebaikan kepada semua pengunjung.

Terima kasih.


Mohd Azhari bin Mohammad
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara