BUKIT JALIL, 11 FEBRUARI 2022 - Bagi memastikan kelancaran peranan yang dimainkan JBSN, Ketua Pengarah, YBrs. Tuan Mohd Azhari Mohammad turun padang melawat ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Axiata Arena, Bukit Jalil.

JBSN memainkan peranan yang signifikan di dalam menyokong inisiatif Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Penggalak (PICK-B) dan Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).

Sepanjang 2021, KBS menerusi JBSN telah menggerakkan lebih kurang 20,000 sukarelawan MyVAC di 427 PPV di seluruh negara.

Kini, sukarelawan MyVAC kembali ditugaskan di beberapa PPV Integrasi termasuklah di Axiata Arena bagi menjayakan PICK-B dan PICKids di bawah penyelarasan Bahagian Pembangunan Rakan Muda.

YBrs. Tuan Mohd Azhari turut mengadakan perbincangan bersama petugas PPV Integrasi Axiata Arena di mana JBSN komited menjayakan PICK-B dan PICKids terutamanya melibatkan penugasan sukarelawan bukan kesihatan, MyVAC.

Turut serta, TKP (Pembangunan Rakan Muda), Puan Azura Haji Sarbin dan Pengarah JBS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Asmori Shaari.

Ditulis oleh: Media JBSN