home button

Pentadbir Laman JBS

Isnin, 30 November 2015 12:06

Misi , Visi, Objektif dan Fungsi

VISI

JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI TERENGGANU
Membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua serta pembangunan Atlet Sukan berprestij tinggi peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Mewujudkan dan membentuk Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu darisegi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, agama dan negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020

MISI
Membina generasi Belia yang berktrampilan dalam bidang Kepimpina, Keusahawanan, Kemahiran dan Pengurusan Organisasi dengan Pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi Nasional dan identiti bangsa selaras dengan Wawasan 2020.

OBJEKTIF
Untuk melahirkan masyarakat Belia yang berdisiplin, berakhlak mulia, sihat serta mewujudkan Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu darisegi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan bersemangat sukarela dan patriotic serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama dan Negara serta mempunyai semangat keusahawanan serta kemahiran teknikal selaras dengan Wawasan 2020.

FUNGSI
Menyediakan program keilmuan dan latihan kepada generasi muda yang dianjurkan bersama olehsektor awam, sektor swasta, pertubuhan belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain Mengukuhkan program pembangunan kepimpinan dan bina sahsiah bagi membina kekuatan diri, institusi keluarga, keagamaan dan kemasyarakatan supaya generasi belia dapat berperanan dengan berkesan Memantapkan program latihan keusahawanan, ICT dan menyediakan kemudahan serta peluang perniagaan kepada golongan belia supaya mereka mampu berdikari dan membina kerjaya yang cemerlang Mengupayakan pertubuhan belia supaya dapat menarik minat golongan belia serta masyarakat untuk menyokong dan menyertai aktiviti belia Meningkatkan semangat sukarela dan patriotisme serta memberi kefahaman tentang konsep persejagatan atau globalisasi serta hubungan antarabangsa dikalangan belia Menggalak, melaksana dan menyediakan kemudahan serta aktiviti gaya hidup aktif dan sihat dikalangan generasi muda
Isnin, 30 November 2015 11:51

Visi , Misi dan Objektif

VISI

Membentuk masyarakat yang aktif, sihat dan cergas melalui aktiviti-aktiviti sukan dan rekreasi untuk semua serta Pembangunan Atlet Sukan berprestij tinggi Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Mewujudkan dan membentuk Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari, bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama dan Negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

MISI

Membina generasi Belia yang berketerampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran dan pengurusan organisasi dengan pemupukan nilai-nilai murni dan gaya hidup berkualiti bagi memperkukuhkan integrasi Nasional dan identiti Bangsa selaras dengan Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Untuk melahirkan masyarakat Belia yang berdisiplin, berakhlak mulia, sihat, cergas, serta mewujudkan Belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab dan bersemangat sukarela dan patriotik serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan kemakmuran Bangsa, Agama dan Negara mempunyai semangat keusahawanan serta kemahiran teknikal selaras dengan Wawasan 2020 .

Isnin, 30 November 2015 10:56

Visi, Misi dan Objektif

VISI

Melahirkan masyarakat belia yang berpengetahuan, berkemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni melalui gaya hidup yang sihat dan berkualiti serta menampilkan semangat patriotism dan kesukarelawan yang tinggi bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama dalam pembangunan sosial dalam ekonomi Negara serta melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

MISI

Membina generasi belia yang berilmu, berketrampilan dalam bidang kepimpinan, kemahiran dan pengurusan organisasi dalam memupuk nilai-nilai murni gaya hidup yang berkualiti serta melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas bagi memperkukuh kecermalangan bangsa Malaysia di era globalisasi selaras dengan Wawasan 2020.

OBJEKTIF

Objektif Jabatan Belia Dan Sukan amnya ialah membina satu masyarakat belia yang bersatu-padu, berdisplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang ekonomi dan sosial yang sihat dan cergas kearah perpaduan Negara.