home button

Pentadbir Laman JBS

Isnin, 30 November 2015 16:15

Visi , Misi, dan Objektif

VISI

Belia berdaya maju, bersatu-padu, mengamalkan nilai-nilai murni dan masyarakat Berbudaya Sukan menjelang 2020.

MISI

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik ke arah pembinaan bangsa dan negara Malaysia yang cemerlang dalam pelbagai bidang, khususnya bagi Meningkatkan pembangunan generasi muda ke arah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan negara; dan; Pembangunan sukan untuk semua khususnya bagi melahirkan masyarakat aktif, cergas dan sihat.

OBJEKTIF

UMUM Membina masyarakat belia yang berakhlak dan berdisiplin. Melahirkan pemimpin dan usahawan belia serta mewujudkan tenaga pekerja mahir belia. Membina masyarakat yang sihat dan cergas ke arah kesejahteraan negara

Isnin, 30 November 2015 16:06

Visi , Misi dan Objektif

VISI

Kearan mewujudkan masyarakat belia yang memiliki keperibadian yang bersepadu dari rohani, akliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, bersemangat, sukarela dan patriotik untuk menjadi insan yang menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan Negara selaras dengan matlamat Wawasan 2020 Melahirkan sebuah masyarakat yang mangamalkan gaya hidup aktif, sihat, cergas dan bersatu padu.

MISI

Menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan kepada belia-belia di negeri Sarawak dalam memberi sumbangan terbaik untuk:- Membentuk generasi muda yang mampu mewarisi negara dan mengangkat peradapan bangsa dan negara Membangun sukan untuk kecemerlangan individu dan perpaduan masyarakat.

OBJEKTIF

Objektif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak ialah :- Membina masyarakat belia yang berakhlak dan berdisiplin, melahirkan pemimpin dan usahawan belia serta mewujudkan tenaga kerja pekerja mahir belia Membina masyarakat yang sihat dan cergas ke arah kesejahteraan negara.

Isnin, 30 November 2015 15:52

Visi , Misi dan Objektif

VISI

Belia yang wujud pada tahun 2010 adalah belia yang berpengetahuan, berkemahiran, mengamalkan nilai-nilai murni, harmoni, proaktif, berdisiplin, jatidiri dan patriotisme bagi menghadapi cabaran globalisasi sebagai penyumbang utama dalam pembangunan sosial serta ekonomi negara dan melalui sukan ianya memupuk perpaduan bangsa ke arah mewujudkan masyarakat sihat, cergas dan aktif.

MISI

Membina generasi belia yang berketrampilan dalam bidang kepimpinan, keusahawanan, kemahiran, pengurusan organisasi dengan pemupukkan nilai-nilai murni melalui Gaya hidup Berkualiti dan peningkatan penyertaan masyarakat dalam Sukan Massa, Sukan Lasak, Sukan Tradisional ke arah mewujudkan perpaduan nasional serta imej Sihat, Cergas dan Bersatu selaras dengan wawasan 2020.

OBJEKTIF

Objektif Umum “Melahirkan masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin dan bergerak maju serta pembinaan satu masyarakat yang sihat dan cergas kearah perpaduan negara”

Objektif Khusus
Di dalam merealisasikan matlamat tersebut, Jabatan ini telah mengenalpasti 6 objektif khusus jabatan ini bagi melicinkan perjalanan operasinya seperti berikut:
Melahirkan belia yang bermoral, berdisiplin, berdaya saing kea rah kemajuan Negara.
Menyediakan barisan pemimpin pelapis muda sebagai pemangkin lepada perubahan masa hadapan yang gemilang.
Menggalakkan penyertaan belia dalam bidang perniagaan sebagai persiapan ke arah mewujudkan lebih ramai usahawan belia.
Memberi latihan kemahiran vokasional dan bimbingan serta dorongan lepada belia untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan.
Membentuk dan membina masyarakat yang cergas, aktif, berdisiplin dan sentiasa menghayati dan mengamalkan konsep ‘Cergas Sepanjang Hayat’.
Memberi pendedahan kepada pelbagai aktiviti rekreasi, kesedaran pendidikan konserversi dan kehidupan alam semulajadi.