home button

Displaying items by tag: belia

Rabu, 16 Disember 2015 11:33

Kumpulan Sasar

Di dalam merangka perancangan strategik dalam memastikan KBS memainkan peranan sebagai badan induk ke atas pembangunan belia dan sukan, sudah semestinya KBS perlu menentukan kumpulan sasar atau pelanggan yang perlu diberikan perkhidmatan. Penting bagi KBS untuk menentukan kumpulan sasarnya supaya lebih mudah bagi KBS merancang sesuatu program belia dan sukan yang ingin dilaksanakan serta memastikan objektif dan mesej yang ingin disampaikan di dalam sesuatu program itu akan sampai ke kumpulan sasar.

Kumpulan sasar KBS adalah terdiri daripada:

[list type="numblocks3"] [list_item]Semua lapisan masyarakat Malaysia[/list_item] [list_item]Belia berumur di antara 15 hingga 40 tahun (Dasar Pembangunan Belia Nasional)[/list_item] [list_item]Para atlet Sukan Prestasi Tinggi (Akta Majlis Sukan Negara)[/list_item] [list_item]Agensi-Agensi Kerajaan[/list_item] [list_item]Pertubuhan - Pertubuhan Sukan (Akta Pembangunan Sukan 1997)[/list_item] [list_item]Pertubuhan - Pertubuhan Belia[/list_item] [list_item]Pertubuhan - Pertubuhan NGO[/list_item][/list]

Khamis, 17 September 2015 12:26

Latar Belakang

Kementerian Belia Dan Sukan telah di tubuhkan pada 3 Mei 1964 dan dikenali dengan nama Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan. berikutan dengan penubuhan Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan pada 20 Mei 1987, fungsi kebudayaan telah diletakkan di bawah kementerian berkenaan.

Pada tahun 2000 Jabatan Belia Dan Sukan Negara telah ditubuhkan dengan diketuai oleh seorang Ketua Pengarah, tiga orang Timbalan Ketua Pengarah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Pembangunan Rakan Muda. Manakala bahagian pengurusan & perkhidmatan sokongan diketuai oleh seorang pengarah dan diikuti oleh 15 orang pengarah di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri dan 116 Pejabat Belia dan Sukan Daerah.