home button

APBM Batu Gajah

APBM Batu Gajah (5)




 

Unit : 25 Unit (Lelaki) | 25 Unit (Perempuan)
Kapasiti : 200 Orang
Kadar Sewaan : RM40/Bilik
Bayaran Dobi (Cadar, Sarung Bantal dan Selimut) : RM10
 





Unit : 25 Unit (Lelaki) | 25 Unit (Perempuan)
Kapasiti  : 100 Orang
Kadar Sewaan : RM40/Bilik
Bayaran Dobi (Cadar,Sarung Bantal & Selimut) : RM 10


 


(Termasuk Pentas & Alat Pandang Dengar)

Unit : 1 Unit
Kapasiti : 300 Orang
Kadar Sewaan : RM20/Jam | RM 200/Hari






Unit : 1 Auditorium
Kapasiti : 250 Orang
Kadar Sewaan : RM40/Jam | RM400/Sehari







Unit : 1 Bilik
Kapasiti : 30 Orang
Kadar Sewaan : RM15/Jam | RM150/Hari







Unit : 4 Bilik
Kapasiti : 20 Orang
Kadar Sewaan : RM10/Jam | RM100/Hari







Unit : 2 Bilik
Kapasiti : 40 Orang
Kadar Sewaan : RM15/Jam | RM150/Hari



 


(Termasuk Lcd, Layar Putih & Alat Pandang Dengar)

Unit : 1 Dewan
Kapasiti : 100 Orang
Kadar Sewa : RM20/Jam | RM200/Hari






Unit : 10 Bilik
Kapasiti : 12 Orang
Kadar Sewaan : RM10/Jam | RM100/Hari






Unit : 1 Padang
Kapasiti : 100 Orang (Astaka)
Kadar Sewaan :
RM10/Jam | RM100/Hari (Tanpa Alat Pandang Dengar)
RM20/Jam | RM200/Hari (Termasuk Alat Pandang Dengar)






Unit : 2 Gelanggang
Kadar Sewaan : RM3/Jam | RM20/Hari








Unit : 1 Gelanggang
Kadar Sewaan : RM3/Jam | RM20/Hari








Unit : 2 Gelanggang
Kadar Sewaan : RM3/Jam | RM20/Hari






 

Unit : 2 Gelanggang
Kadar Sewaan : RM10/Jam (7 petang - 11 malam)








Unit : 2 Gelanggang
Kadar Sewaan : RM8/Jam | RM80/Hari







(Termasuk Alat Pandang Dengar)

Unit : 1 Surau
Kapasiti : 100 Orang





 
(Dikhaskan Untuk Peserta Kursus/Program)

Unit : 1 Dewan Makan
Kapasiti : 250 Orang
Kadar Harga : Percuma



******************************************************                         
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi Kami di Talian // 053657072
Atau Tempah segera melalui Portal 1MTC (www.1mtc.gov.my)
******************************************************
[lightbox src="/images/APBM_BATUGAJAH/CARTAORGANISASI/CARTA-ORGANISASI-BARU.jpg" width="1124" height="795" lightbox="on" border="yes" title="CARTA ORGANISASI APBM BATU GAJAH" align="left"] Klik pada gambar untuk paparan maksimum.

OBJEKTIF

[list type="smallnumber3"]
[list_item]Meningkatkan kesedaran tentang perniagaan dan peluang-peluang kepada belia. [/list_item]
[list_item]Melatih bakal peniaga dan usahawan belia dalam pengurusan dan disiplin perniagaan.[/list_item]
[list_item]Membimbing dan membantu perniagaan belia untuk mengatasi masalah perniagaan.[/list_item]
[list_item]Memperkembangkan bidang dan potensi perniagaan belia melalui kerjasama dan networking yang berkesan.[/list_item]
[list_item]Mewujudkan budaya niaga di kalangan belia di Negara ini.[/list_item]
[/list]  

FUNGSI

[list type="smallnumber3"]
[list_item]Membentuk dan melatih usahawan belia yang berilmu.[/list_item]
[list_item]Membangunkan potensi dan kemahiran keusahawanan dikalangan peniaga belia.[/list_item]
[list_item]Menjadi katalis pembangunan ekonomi belia.[/list_item]
[list_item]Sebagai ‘incubator’ dan ‘resource linker’ kepada usahawan belia.[/list_item]
[list_item]Menjadi ‘resource centre’ yang membekalkan maklumat mutahir dalam bidang keusahawanan.[/list_item]
[list_item]Meningkatkan kemahiran niaga dikalangan belia dari peringkat sijil.[/list_item]
[/list]     

KUMPULAN SASAR

[list type="smallnumber3"]
[list_item]Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 40 tahun.[/list_item]
[list_item]Belia yang berminat dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. [/list_item]
[list_item]Usahawan belia yang sedang mengusahakan perniagaan dan belia yang ingin menambah pengetahuan serta kemahiran di bidang keusahawanan. [/list_item]
[list_item]Bekas-Bekas pelatih IKBN. Penjawat awam yang relevan dan berminat.[/list_item]
[/list]

VISI

Menjadi  sebuah  agensi latihan keusahawanan belia yang cemerlang  berasaskan pengetahuan pengurusan perniagaan yang bersistematik demi mewujudkan usahawan belia cemerlang, cekap, mahir berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia.


MISI

Untuk memberi kesedaran  kepentingan menguasai ilmu keusahawanan pada golongan belia bagi mencapai hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi belia usahawan yang cemerlang.


FALSAFAH

“USAHAWAN CEMERLANG NEGARA GEMILANG ” 


MATLAMAT

“ MEWUJUDKAN USAHAWAN BELIA YANG CEMERLANG ,CEKAP ,MAHIR , BERILMU , BERDAYA SAING DAN BERAKHLAK MULIA.” 






Rabu, 06 Januari 2016 09:29

Sejarah APBM Batu Gajah

Written by
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) telah melancarkan penubuhan Institut Usahawan Belia (IUB) di Pusat Latihan Belia Dusun Tua, Selangor pada 23 Mac 1979 dan pada tahun 1986 IUB telah dipindahkan ke Jalan Sturrock Ipoh dengan menyewa sebuah bangunan milik kerajaan Negeri Perak dan dikenali sebagai Institut Bina Usahawan (IBU). Pada tahun 1993 semua pusat latihan belia di bawah KBS telah dinaik taraf dan dikenali sebagai Institut Keusahawan Belia Negara (IKBN).

Pada tahun 1996 tapak Institut Keusahawanan Belia Negara (IKBN), Ipoh telah diambil alih kerajaan negeri untuk projek pembangunan negeri. Oleh itu IKBN Ipoh telah diarah oleh KBS supaya berpindah ke Kompleks Belia dan Sukan negeri Perak. Pada awal tahun 2000 IKBN Ipoh telah ditukar nama kepada Institut Keusahawanan Belia (INSKEB). Dalam usaha mencapai matlamat wawasan Negara. KBS telah mencadangkan pembinaan sebuah kompleks di satu kawasan seluas 237 ekar di atas lot 30804, 51433 dan 57625, Mukim Belanja di Daerah Kinta, Perak. Projek yang bernilai RM47 juta ini telah bermula pada 23 Julai 2003 dan dijangka siap pada 22 Julai 2005.

INSKEB telah disusun semula dan secara rasmi telah dinamakan sebagai Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) pada tahun 2006 oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Dato’ Azalina binti Dato’ Othman Said pada 17 Julai 2006. Pada Ogos 2006 APBM telah memulakan operasi di kompleks baru yanf terletak di Km. 21, Lebuhraya Ipoh-Lumut, 31560 Siputeh, Perak dan dikenali sebagai Akademi Pembanguna Belia Malaysia, Batu Gajah.
Rabu, 06 Januari 2016 09:24

Perutusan Pengarah

Written by






SALAM SEJAHTERA DAN 
SALAM PERPADUAN, 


Selamat datang saya ucapkan kepada semua pengunjung Portal Rasmi Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Perak darul Ridzuan.

Semoga pada tahun 2020 ini akan membawa kerahmatan dan keberkatan kepada APBM Batu Gajah khususnya dalam memperkukuhkan semangat dan iltizam, memperkasakan objektif dalam usaha merealisasikan harapan belia khususnya dalam bidang keusahawanan.

Bagi tahun 2020 ini, seluruh warga kerja APBM Batu Gajah akan berusaha dan bekerja dengan lebih tekun kearah menjadikan APBM Batu Gajah sebagai Institusi Latihan Keusahawanan yang produktif, dinamik, dan menjadi "One Stop Centre" atau "Centre Of Excellent" dalam bidang keusahawanan.

Kami di APBMBG merancang pelbagai program latihan keusahawanan serta mempelbagaikan fungsi demi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap perniagaan khususnya di kalangan belia-belia masakini.

Kita Berharap, para belia, pemimpin NGO serta usahawan-usahawan akan terus menggunakan portal ini untuk tujuan interaksi, mendapatkan info serta bimbingan berkaitan latihan, kursus, program, dan input-input yang relevan sebagaimana yang telah disediakan oleh pihak APBM Batu Gajah.

" MENGILMUKAN USAHAWAN BELIA "


Sekian, Terima Kasih.



VIJAYAN KUMAR A/L NADARAJAN

Pengarah,
Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah,
Perak Darul Ridzuan.