KUALATERENGGANU, Isnin 4 Julai 2022 - Sekumpulan sukarelawan daerah Kuala Terengganu seramai 24 orang telah menyertai Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang dilaksanakan pada 2 Julai 2022 dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu

Program kesukarelawan ini telah diadakan di kawasan perumaha Kampung Che Kundur, Kuala Terengganu di mana kawasan ini merupakan kawasan pembiakan nyamuk aedes.

Turut hadir sama Puan Nurul Afifa Sofina, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus dan Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Encik Aziz.

Disediakan oleh :

PBSDKuala Terengganu/Kuala Nerus