MARANG, 21 MEI 2020 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang dengan kerjasama Asrama Perkaya Marang telah mengadakan Program Rakan Muda DiHati (Rakan Muda Virtual). Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah menghantar 7 orang peserta terdiri 3 perempuan dan 4 lelaki. Pelaksanakan Program ini berlangsung selama 20 hari bermula 30 April dan berahkir pada 19 Mei 2020 bersamaan 7-26 Ramadhan 1441H. Program Rakan Muda diHati (Rakan Muda Virtual) dijalankan secara online melalui aplikasi FB Live dan Voice Note dimana peserta akan menperdengarkan bacaan dari kediaman masing-masing disebabkan Wabak Pandemik CoVid 19. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menarik minat golongan muda untuk menghidupkan Bulan Ramadhan Al-Mubarak dengan aktiviti dan program kerohanian disamping dapat melatih golongan muda untuk membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran dalam kehidupan seharian serta dapat memperkenalkan kepada golongan belia tentang amalan Sunnah yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Negeri Terengganu dan turut sama atas talian ialah Pegawai Belia Sukan Daerah-daerah. Disediakan oleh: PBSD Marang