SETIU, Selasa 5Julai 2022 - "Sukarelawan tidak dibayar bukan kerana mereka tidak berharga, tetapi kerana mereka tidak ternilai harganya." Perjalanan sukarelawan diteruskan lagi di Program Rakan Muda Day Out Siri 2 Peringkat Daerah Setiu pada 4 Julai 2022.

.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Setiu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Setiu, Kelab Rakan Muda Daerah Setiu dan MPP SMK Tengku Ibrahim, Setiu telah menjayakan program RMDO Siri 2 yang bertempat di Perkarangan Tapak Pasar Tani Kg Buloh dan sekitar PBSD Setiu dengan kekuatan seramai 25 orang sukarelawan belia dan belaiwanis Daerah Setiu.

 

Program ini berjalan dengan lancar dan sekaligus dapat menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia dan beliawanis. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program tersebut. Diharapkan agar program seperti dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

.

#sukarelawan #sukarelawansetiu #sukarelawanterengganu

 

Disediakan oleh :

 

PBSD SETIU