HULU TERENGGANU  26 Januari 2022 - Telah diadakan satu perbincangan antara Politeknik Hulu Terengganu dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu pada 17 Januari 2022 (Isnin) bagi mendapat Pandangan serta Khidmat Nasihat Keselamatan bagi Fasiliti Rekreasi dalam kawasan Politeknik Hulu Terengganu. Fokus utama perbincangan tersebut adalah berkaitan dengan Kemudahan Fasiliti seperti Menara Flying Fox dan Menara Wall Climbing bagi aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) pelajar di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Politeknik Hulu Terengganu. Faktor keselamatan amatlah dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku.Turut Hadir Timbalan Pengarah Sukan JBSNT, Mohd Qayyum bin Rahman, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Mohd Syukri bin Mohd Azam.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu