KUALATERENGGANU, Isnin 4 Julai 2022 - Pada 2 Julai 2022 bertempat di Warong Belaga Angin, Panchur Kuin Kuala Nerus, satu perjumpaan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus bersama Kelab Rekreasi Bukit Maras adalah satu perjumpaan yang baik bagi mengeratkan hubungan antara kelab dan pejabat di masa hadapan. Perjumpaan ini adalah perjumpaan kali pertama bagi membincangkan hala tuju serta aktiviti aktiviti terkini dan akan datang kelab kepada pejabat belia

Perjumpaan ini dihadiri oleh Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Encik Mohd Izham Bin Mohd A Wahid, Setiausaha Kelab Rekreasi Bukit Maras, AJK Kelab serta YDP MPP UMT

Disediakan oleh :

PBSDKuala Terengganu/Kuala Nerus