HULU TERENGGANU  26 JANUARI 2022 – Telah berlangsung Program Kayuhan COMO Challenge 2022 bertempat di Dataran Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu pada 15 Januari 2022. Tahniah kepada Penaung Program, YBrs. Ahmad Azizi bin Zulkifli merangkap Pegawai Daerah Hulu Terengganu di atas penganjuran program tersebut. Perasmian dan penyampaian hadiah program tersebut telah disempurnakan oleh  Yang Berhormat Dato’ Hj. Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri KPDNHEP yang juga merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu. Tahniah kepada pemenang bagi setiap kategori dan pemenang cabutan bertuah. Turut hadir, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Ybrs. Ahmad Shahrizal bin Yahya, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, YBrs. Mohd Safari bin Abu, Penyelaras DUN Telemong serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Terengganu, Yusof bin Mat Nor. Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu