MARANG, 16 MAC 2020 – Bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Pejabat Daerah dan Tanah Marang telah diadakan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bil 1/2020 peringkat Daerah Marang. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pegawai Daerah Marang dan telah dihadiri oleh wakil-wakil Jabatan Kerajaan di Daerah Marang.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama antara jabatan dalam usaha untuk perangi dadah habis-habisan di Daerah Marang khususnya serta membincangkan isu dan masalah dadah di Daerah Marang agar satu gerak kerja khusus dapat dirangka mengatasi masalah tersebut. Taklimat disampaikan oleh Puan Roslina binti Awang, Ketua Pegawai AADK Daerah Marang untuk memberikan sedikit makluman program yang bakal dijalankan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang Mohd Asrul Animi bin Haris.

Disediakan oleh: PBSD Marang