MARANG, 15 MAC 2020 – Pada 11/3/2020 jam 3.30 petang satu lawatan tapak telah diadakan bagi Cadangan Pembinaan Tapak Trek Olahraga dan Balapan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kelulut, Marang. Tujuan lawatan tapak ini diadakan bagi mengenal pasti lokasi sesuai bagi pembinaan Trek olahraga dan Balapan disamping mengesahkan ketepatan maklumat yang diberikan. Dalam lawatan tapak tersebut turut sama hadir ialah wakil Pegawai Pendidikan Daerah Marang dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Mohd Shamsir bin Mohd.

Disediakan oleh: PBSD Marang