home button

Terengganu

KUALATERENGGANU, Isnin 4 Julai 2022 - Seramai 52 orang peserta terdiri daripada Majlis Pewakilan Pelajar Universiti Malaysia Terengganu serta Team Green Rangers dan Kelab Rekreasi Bukit Maras telah berjaya menawan Puncak Bukit Maras dengan mengadakan aktiviti kesukarelawan membersihkan kawasan sekitar puncak.

Objektif utama program seperti ini diadakan adalah bagi menarik minat para sukarelawan mencintai alam sekitar dan sekaligus mendidik golongan belia terutamanya sikap prihatin, kebertanggungjawapan, saling bantu-membantu  serta peka dengan keadaan sekeliling.

Program yang diketuai oleh Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus serta  Tuan Izham Pengerusi Kelab Rekreasi Bukit Maras, Dr.Izan bin Dato’ Jaafar, Penasihat Green Rangers, Encik Salleh, Encik Amar, Encik Ruslan, Encik Sabri, Hal Ehawal Pelajar Universiti Malaysia Terengganu MPKK dan Majlis Pewakilan Pelajar (MPP)

 

 

Disediakan oleh :

PBSDKuala Terengganu/Kuala Nerus

 

 

 

KUALATERENGGANU, Isnin 4 Julai 2022 - Geng Plastik Ija Kuala Terengganu telah mengadakan 11 program kutipan sampai di pantai-pantai sekitar Terengganu. Geng Plastik Ija ini diasaskan pada tahun 2018 oleh Encik Zulkefli Sarji untuk membantu menceriakan panti-pantai sekitar Terengganu.

Objektif program ini adalah bagi mendedahkan kepada belia tentang aktiviti kesukarelawan sekaligus dapat menanam sifat cintakan alam sekitar dan secara tidak langsung mendidik dan menggalakkan belia untuk menceburi dunia kesukarelawan secara professional di masa hadapan.

Program kali ini turut disertai oleh peserta dari Program Rakan Muda Day yang diketuai oleh Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus. Program ini diadakan di Pantai Kuala Ibai bermula Ibai Beach Guesthouse sehingga ke belakang Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan disertai seramai 61 orang sukarelawan.

 

 

Disediakan oleh :

PBSDKuala Terengganu/Kuala Nerus

 

3 JULAI 2022, HULU TERENGGANU - Pejabat Belia Sukan Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Pejabat Hutan Terengganu Barat dan Kelab Rakan Muda Daerah Hulu Terengganu mengambil peluang melaksanakan tanaman pokok balak yang terdiri daripada jenis Cenggal, Meranti dan Merawang di Pulau Herba, Tasik Kenyir.
 
Seramai 27 orang terlibat dalam pelaksanaan Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Hulu Terengganu Siri 2/2022 yang dijalankan pada 2 JULAI 2022. Turut bersama dalam program adalah, En. Mohmad Bin Embong, Timbalan Pengarah Belia JBSNT, En. Fauzi Arifin, Pengarah IKBN Bachok, Insp Zainon Abidin Bin Ismail, Ketua bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik ipd hulu terengganu dan En Yusof Bin Mat Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu.
 
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu, Terengganu

3 JULAI 2022, DUNGUN - Bila sebut aktiviti sukarelawan, ada  yang beranggapan aktiviti sukarelawan perlu mempunyai elemen gotong-royong membersih sesuatu tempat atau kawasan sahaja sebagai contoh sukarelawan pasca bencana.

Namun sebenarnya banyak lagi elemen yang tergolong dalam aktiviti kesukarelawanan seperti sukarelawan sukan, sukarelawan sosial, dan sukarelawan sahsiah. Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Dungun Siri 2 / 2022 telah diadakan pada 2 Julai 2022, antara aktiviti yang dipilih adalah aktiviti sukarelawan sukan, yang melibatkan 29 orang Sukarelawan Rakan Muda Dungun dan 16 orang pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bandar Dungun.

Para sukarelawan diberikan tugasan untuk bersama mengendalikan acara sukaneka dan bermain sukaneka bersama pelatih PPDK.kemesraan dan keseronokan jelas terpacar diwajah mereka. Malah program bertambah meriah dengan kehadiran dan sokongan daripada ibubapa dan guru-guru PPDK Bandar Dungun.

Pengerusi PPDK Bandar Dungun yang lebih  mesra dikenali sebagai Cikgu Fauzi  sangat teruja dan berterima kasih kepada Team PBSD Dungun yang diketuai oleh Puan Wan Norhayati Wan Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Dungun bersama para sukarelawan yang telah menganjurkan program ini.

Terima kasih juga ingin diucapkan kepada pihak pengurusan Kolej Vokasional Dungun dan SMK Seri Dungun serta para guru di Dungun serta orang perseorangan yang telah membantu menghebahkan program ini.

Semoga kerjasama seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang demi pembangunan belia remaja.

 

Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Dungun, Kuala Terengganu