home button

Terengganu

BESUT, 18 FEBUARI 2020 - Bagi meramaikan lagi usahawan bidang kecantikan atau kosmetik, Syarikat Value Enterprise dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Derah Besut sekali lagi telah menganjurkan Kursus Pembuatan Produk Kecantikan dan Kosmetik untuk golongan yang ingin menceburkan diri dalam bidang kosmetik sebagai usahawan ataupun untuk kegunaan sendiri.   

Kursus ini telah diadakan pada 14 – 15 Febuari 2020 yang lau bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut. Sambutan para peserta terhadap kursus ini amat menggalakkan terutamanya bagi golongan kaum hawa dan tidak ketinggalan juga kaum adam yang hadir. Semoga penganjuran sebegini dapat dianjurkan lagi demi melahirkan lebih ramai para usahawan muda di masa akan datang

Diesediakan Oleh : PBSD Besut

HULU TERENGGANU, 18 FEBRUARI 2020 - Kompleks Sukan Hulu Terengganu, Kuala Ping dijangka akan siap sepenuhnya menjelang bulan Ogos 2020. Kerja-kerja pembinaan kompleks sukan tersebut yang bermula sejak Februari 2019 itu, setakat ini telah berjalan dengan lancar dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Justeru itu, banyak kemudahan sukan yang boleh digunakan oleh orang ramai sejurus selepas pembinaan kompleks sukan tersebut siap. Di antara kemudahan sukan yang disediakan adalah Astaka yang boleh menempatkan 250 orang pada satu masa, Gelanggang Serbaguna Berbumbung (Futsal dan Bola Jaring), Gelanggang Terbuka (Sepak Takraw dan Bola Tampar) serta Padang Bola Sepak. Semoga dengan pembinaan Kompleks Sukan ini dapat memberi manfaat kepada orang ramai terutamanya masyarakat di sekitar Hulu Terengganu.

Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu

SETIU, 16 FEBRUARI 2020 – Bertempat di Sekolah Menengah Tg. Ibrahim, Setiu telah berlangsungnya Taklimat Anugerah Remaja Perdana kepada seramai 58 orang pelajar yang di sampaikan oleh Wan Nur Najihah binti Wan Dali, Ahli Parlimen Belia juga merupakan peserta Emas ARP 2019 di bawah bimbingan Siti Nasuha binti Ibrahim @ Yaacob, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu. Taklimat ARP ini merupakan aktiviti tahunan badan operasi bagi melahirkan lebih ramai peserta yang dapat ditauliahkan dengan anugerah emas, perak ataupun gangsa. Setiu merupakan salah sebuah daerah yang sering melahirkan peserta anugerah emas bagi Negeri Terengganu beberapa tahun kebelakangan ini hasil kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Setiu dan guru-guru sekolah yang terlibat. Harapan agar Badan Operasi PBSD Setiu dapat melahirkan lebih ramai peserta ARP Tahap Emas.

Di sediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Daerah Setiu

KUALA TERENGGANU, 11 FEBRUARI 2020 - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan menganjurkan Sesi Libat Urus Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan Peringkat Zon Timur pada 13 Februari 2020 bertempat di Kompleks Sukan Negeri Terengganu Gong Badak, Terengganu. Bahagian Pembangunan JBSNT telah mengadakan sesi lawatan ke Kompleks Sukan Negeri Terengganu semalam bagi memastikan kelancaran program yang akan dilaksanakan pada 13 Februari 2020 Khamis bermula Jam 1.30 ptg sehingga 5.00 ptg. Sesi Lawatan ini turut dihadiri oleh Mohd Izwandy bin Ismail Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama Noorul Husna Binti A. Rashid Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

Disediakan    : Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu