home button

Terengganu

DUNGUN, 13 JANUARI 2020 – Bertempat di Kampung Sungai Buaya, Persatuan Belia Gemilang Sungai Buaya bersama LYNS Malaysia telah menganjurkan Program Ziarah Kasih MAYC. Program ini diadakan adalah bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa bot karam di perairan Kuala Dungun serta sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan di daerah Dungun. Turut hadir bagi menjayakan program ini ialah Che Puan Rubiah bin Shafie, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Dungun.

Disediakan oleh: PBSD Dungun

KUALA TERENGGANU, 13 JANUARI 2020 – Sukan Golf selalu dikaitkan dengan golongan elit dan perniagaan serta dianggap sebagai satu sukan yang mahal. Persepsi ini sebenarnya adalah tidak benar kerana pada masa sekarang ia turut dimainkan oleh golongan pertengahan dan bawahan. Sukan golf juga selalu diadakan bagi mengeratkan perhubungan di antara masyarakat. Satu Kejohanan Golf Ukhwah IT G2G 2019 Grand Final telah berlangsung pada 11 Januari 2020 bertempat di Padang Golf  PGA Gong Badak, Kuala Terengganu. Seramai 60 orang pemain mengambil bahagian dalam kejohanan termasuklah Pegawai Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu yang turut menyertai kejohanan tersebut. Kejohanan ini melibatkan agensi-agensi kerajaan di Negeri Terengganu sama ada di peringkat negeri, badan berkanu atau persekutuan. Semoga kejohanan ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang serta dapat mengeratkan lagi ukhwah dan hubungan silaturahim.

Disediakan oleh: PBSD Hulu Terengganu

KUALA TERENGGANU, 12 JANUARI 2020 – Seramai 53 orang pelajar daripada SM Teknik Terengganu  telah menyertai Program Penjelajahan Lasak dan Khimat Masyarakat Tahap Gangsa yang telah diadakan pada 9 hingga 10 Januari 2020 yang lalu bertempat di Tapak Perkhemahan Sungai Lawit, Pengkalan Utama, Tasik Kenyir, Terengganu. Para peserta ini perlu melengkapkan antara elemen utama bagi Anugerah Remaja Perdana iaitu penjelajahan lasak serta khidmat masyarakat bagi melayakkan mereka untuk dianugerahkan dengan pingat gangsa.

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu,  Mohmad bin Embong. Majlis turut dihadiri oeleh Pengetua SM Teknik Terengganu iaitu Hjh Zarina binti Jusoh dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu iaitu Mohd Qayyum bin Rahman.

 

Disediakan Oleh : Mohd Qayyum bin Rahman (PBSD Kuala Terengganu) 

KUALA TERENGGANU, 12 JANUARI 2020 – Timbalan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia, Mohd Yusri Abd Ghani melakukan lawatan kunjung hormat yang pertama ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu semenjak beliau dilantik memegang jawatan tersebut. Beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Terengganu menyatakan perjumpaan bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu ini dapat membantu perkembangan dan keterlibatan atlet-atlet khususnya di Negeri Terengganu agar dapat terlibat dengan lebih aktif dalam aktiviti dan kejohanan sukan yang dianjurkan pada tahun ini.

Perjumpaan selama sejam itu turut membincangkan halatuju Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia dan Terengganu dan bentuk kerjasama yang dapat dilakukan bersama dalam membangunkan sukan ini di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Turut hadir sama dalam perjumpaan ini adalah Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Noorul Husna A. Rashid dan juga Pegawai Pembangunan Sukan Paralimpik Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Fikri Mahmud.

Disediakan oleh: Bahagian Pembangunan Sukan JBSNT