Terengganu
EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022
- Butiran
- Pentadbir JBS Terengganu
- Jumlah paparan: 97
EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022
TARIKH : 23 HINGGA 27 JULAI 2022
( HARI SABTU HINGGA RABU)
BERTEMPAT : PUSAT DAGANGAN DUNIA KUALA LUMPUR (WTCKL)
MASA : JAM 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
KARNIVAL INI AKAN MENGANJURKAN SESI TEMU DUGA DENGAN LEBIH DARIPADA 30,000 PELUANG PEKERJAAN
BOLEH MENDAFTAR DI WWW.myfuturejobs.gov.my/careefair
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PROGRAM RAKAN MUDA DAY OUT SIRI 2 PERINGKAT DAERAH SETIU
- Butiran
- Pentadbir JBS Terengganu
- Jumlah paparan: 45

SETIU, Selasa 5Julai 2022 - "Sukarelawan tidak dibayar bukan kerana mereka tidak berharga, tetapi kerana mereka tidak ternilai harganya." Perjalanan sukarelawan diteruskan lagi di Program Rakan Muda Day Out Siri 2 Peringkat Daerah Setiu pada 4 Julai 2022.
.
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Setiu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Setiu, Kelab Rakan Muda Daerah Setiu dan MPP SMK Tengku Ibrahim, Setiu telah menjayakan program RMDO Siri 2 yang bertempat di Perkarangan Tapak Pasar Tani Kg Buloh dan sekitar PBSD Setiu dengan kekuatan seramai 25 orang sukarelawan belia dan belaiwanis Daerah Setiu.
Program ini berjalan dengan lancar dan sekaligus dapat menerapkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia dan beliawanis. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program tersebut. Diharapkan agar program seperti dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
.
#sukarelawan #sukarelawansetiu #sukarelawanterengganu
Disediakan oleh :
PBSD SETIU
PERJUMPAAN PBSD KUALA TERENGGANU/KUALA NERUS BERSAMA KELAB REKREASI BUKIT MARAS
- Butiran
- Pentadbir JBS Terengganu
- Jumlah paparan: 53
KUALATERENGGANU, Isnin 4 Julai 2022 - Pada 2 Julai 2022 bertempat di Warong Belaga Angin, Panchur Kuin Kuala Nerus, satu perjumpaan antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus bersama Kelab Rekreasi Bukit Maras adalah satu perjumpaan yang baik bagi mengeratkan hubungan antara kelab dan pejabat di masa hadapan. Perjumpaan ini adalah perjumpaan kali pertama bagi membincangkan hala tuju serta aktiviti aktiviti terkini dan akan datang kelab kepada pejabat belia
Perjumpaan ini dihadiri oleh Puan Nurul Afifa Sofina binti Azmi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus, Encik Mohd Izham Bin Mohd A Wahid, Setiausaha Kelab Rekreasi Bukit Maras, AJK Kelab serta YDP MPP UMT
Disediakan oleh :
PBSDKuala Terengganu/Kuala Nerus
RAKAN MUDA DAY OUT PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU
- Butiran
- Pentadbir JBS Terengganu
- Jumlah paparan: 50
KUALATERENGGANU, Isnin 4 Julai 2022 - Sekumpulan sukarelawan daerah Kuala Terengganu seramai 24 orang telah menyertai Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Kuala Terengganu yang dilaksanakan pada 2 Julai 2022 dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu
Program kesukarelawan ini telah diadakan di kawasan perumaha Kampung Che Kundur, Kuala Terengganu di mana kawasan ini merupakan kawasan pembiakan nyamuk aedes.
Turut hadir sama Puan Nurul Afifa Sofina, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Terengganu/Kuala Nerus dan Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu, Encik Aziz.
Disediakan oleh :
PBSDKuala Terengganu/Kuala Nerus