home button

Terengganu

MARANG, 18 Jun 2022 -   Program Fresh2fit Peringkat Negeri Terengganu bagi Daerah Marang berlangsung sebentar tadi. Program ini dipilih berdasarkan kepada populariti di kalangan masyarakat setempat tanpa mengenal batas umur dan dengan adanya program seperti ini dapat mengukuhkan lagi perpaduan di kalangan komuniti setempat.

Aktiviti yang dilaksanakan bagi program fresh2fit yg dipilih oleh Daerah Marang adalah aktiviti berjalan kaki sambil mengutip sampah yang dilaksanakan di Bukit Lubuk Batu,Marang.Turut hadir serta Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang Pn Siti Nor Ahya-Hydayah binti Ahmad..

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

 

TERENGGANU, 9 Jun 2022 - Telah berlangsung Kursus Asas Orienteering Tahap 1 Peringkat Negeri Terenggganu 2022 pada 4 hingga 5 jun 2022 bertempat di di Coral Campsite, Pulau Kapas Marang, Terengganu.  

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

 

TERENGGANU, 9 Jun 2022 -   Majlis penutup pada 5 Jun 2022, Kursus Asas Orienteering tahap 1 Peringkat Negeri Terengganu telah di rasmikan oleh En.Mohd Izwandy bin Ismail, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu diiringi oleh Timbalan Pengarah Sukan En.Mohd Qayyum bin Rahman dan Presiden Persatuan Orienteering, En.Syed Mohd Yasni bin Syed Yasin.

 Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

 

BESUT, 9 Jun 2022 - Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Besut,Terengganu Siri 1 yang telah berlangsung pada 4 Jun 2022, bertempat di Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti PPDK Jerteh.

 

Program yang Memberi kesedaran alam sekitar di setiap lapisan masyarakat.Dengan menanam rasa tanggungjawab di kalangan masyarakat untuk bertindak dan mengambil bahagian dalam menjaga alam sekitar yang dikongsi bersama.

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT