home button

Terengganu

KUALA TRENGGANU, 18 Jun 2022 - Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Sidang 2, Penggal Ke-33, Sesi 2021-2022 Peringkat Negeri Terengganu akan berlangsung di Pusat Konvokesyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 20 Jun 2022 (Isnin) jam 9.00 pagi. Selamat bersidang dan semoga persidangan ini memberi banyak manfaat kepada golongan belia di Negeri Terengganu.

 

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

 

KUALA TRENGGANU, 18 Jun 2022 - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Kementerian Belia Dan Sukan 2021 merupakan acara yang diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf dan menghargai pencapaian cemerlang yang diusahakan oleh Warga KBS sepanjang tahun 2021. Majlis pada kali ini dilaksanakan secara hibrid iaitu secara fizikal dan dalam talian.

 

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KBS 2021 ,Encik Mohd Izwandy bin Ismail (Pengarah JBSNT),Puan Wan Nor Hayati Wan Ibrahim (PBSD Dungun),Encik Ahmad Fazdli Mohammad ( Pegawai Pengalakan dan Pembangunan Sukan JBSNT),Encik Mohd Saiful Mamat @Zakaria (Penolong Jurutera KRM Kemaman), Encik Ahmad Yuzran Mohammad ( Pembantu Rakan Muda JBSNT) dan Encik Norhajarol Aswad Mohd Derabi (Pembantu Tadbir JBSNT)

Tahniah dan Semoga terus sukses dalam Perkhidmatan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu.

.

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

 

HULU TERENGGANU, 18 Jun 2022 -   Gabungan Kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT), Kelab Rakan Muda Hulu Terengganu dan Kelab Rekreasi Kuala Berang.

Seramai 50 orang peserta menyertai aktiviti Hiking bagi pelaksanaan Program Fresh 2 Fit Peringkat Daerah Hulu Terengganu 2022 bertempat di Bukit Besar, Kuala Terengganu. Turut bersama adalah En. Mohd Qayyum Bin Rahman, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu bersama-sama hiking hingga puncak Bukit Besar, Diharap pelaksanan program ini dpt membudayakan gaya hidup aktif dan cergas serta mengukuhkan perpaduan di kalangan komuniti setempat

 

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT

 

KUALA TERENGGANU, 18 Jun 2022 -   Pelbagai program menarik yang akan dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Satu mesyuarat penyelarasan bagi program Junior Football League (Jfl), Malaysia Football League (MSL) peringkat Negeri dan 1000 liga telah berlangsung pada 16 Jun 2011 bertempat di Aras 3, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu.

 

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En.Mohd Izwandy bin Ismail. Turut terlibat Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, En.Mohd Qayyum bin Rahman. Pegawai-pegawai belia dan sukan daerah dan pegawai dari pembangunan sukan.

 

Disediakan Oleh:

Unit Urusetia Portal JBSNT